Panduan Kerjaya Jururawat

Monday, December 31, 2012

hujung 2012

Salam a'laik

Dalam setengah jam lagi makanya berakhirlah tahun 2012.Aku baru jer pulang dari opis,melalui gelap pekat malam -jalan2 kampung sepanjang jalan dari Ajil-Temala-Pengkalan Berangan-Marang.

Dikejutkan dengan hujan lebat yang tak henti pagi tadi,makanya,pusat penempatan banjir dibuka buat kali keduanya selepas 29hb lalu secara rasminya jabatn kami mengisytiharkan bencana sudah berakhir.Isnin,hari ini sebagaimana 24 hb yang lepas bermulanya banjir.Itu bukan salah takdir,sekadar retorik penutup hari akhir ke tahun masihi baru -2013.

Masakan tidak,malam ini di bandar tempat aku mencurah bakti,disinilah berlangsungnya tika dan saat ini majlis pesta keramaian menyambut tahun baru dengan kehadiran artis2 yang tiada langsung ku kenali (aku cuma kenal soundgarden sahaja).

Banjir seakan2 sinonim dengan pengakhiran tahun,memberitahu kepada kami inilah monsun yang senantiasa seakan tidak sabar datang menerpa - menjenguk ke pelusuk daerah di negeri pantai timur.

Woah! aku rindukan malam tahun baru seperti tahun yang lepas - menaiki Volkswagen Combi bersama2 sahabat -memberi ruang untuk telinga menadah nasihat dari ulama - tiada kelalaian,ilmu dicurah bagai tiada apa yang dapat diganti dengan dunia dan seiisinya! (We love U UAI!).Maaf aku xdapat hadir.

Di tengah2 pusat kota bersebelahan dengan kota utama yang paling sibuk - kami menaut ukhuwwah serta mahabbah di sebalik pertemuan yang sangat singkat.Tapi berbekas dalamnya kecintaan kami terhadapmu Ya Ilah,Ya Rasul! - Moga kekal mewangi ke Jannah!.InshaAllah!

Dari rumah,usai meredah hujan.Jari jemari menaip,Allah - hanya ini mampu ku kongsi,dari hati yang kosong.Ya,ini alasan.Titik.

 ( 01 Januari 2012 : Masjid Uitm Shah Alam )


1140pm
31.12.2012
Taman Kalungan Mas,Rusila

Saturday, December 29, 2012

Teknik Bakar Lemak Pantas

Salam a'laik 

Sekadar berkongsi mengenai ebook keluaran terbaru sahabat saya mengenai cara menguruskan berat badan yang berkesan - istimewa daripada En.Hafiz Wasa.

Jujur saya katakan,banyak ilmu yang bermanfaat yang dikongsikan oleh beliau kepada saya sejak beberapa bulan yang lalu melalui hasil kajian yang telah dijalankan melalui proses pembacaan dan bagaimana beliau sendiri meng"apply" teknik-teknik tersebut kedalam kehidupan beliau sendiri.Dan keputusannya amat mengagumkan saya. 

Saya yang gemuk,haha!

Saya sendiri telah mengikuti tips2 yang telah diberikan oleh beliau sendiri dan banyak input yang berguna beliau kongsikan.Malahan saya juga telah berjaya mengurangkan berat badan saya lebih kurang dalam 13kg (bermula pada Jun-November 2012).Nak tahu bagaimana?dapatkan Ebook beliau sebagaimana yang tertera kat bawah,Selamat Maju Jaya!



atapun 



Nota kaki  - Aku sendiri pun nak tergelak tengok gambar aku yang kat dalam web tu,macam apek   kedai basikal,.hehe!

Thursday, December 27, 2012

Banjir

Salam a'laik

(topik ini tiada unsur ilmiah,sekadar perkongsian syok seniri kot)

Isnin yang lepas,24 hb sehari sebelum Krismas,daerah di mana tempat saya bekerja dilanda hujan lebat mencurah2 tanpa henti (sebenarnya semua daerah di negeri Terengganu banjir,amnya-seluruh pantai timur).

Rutin harian persampelan dianjak ke hari isnin pada tarikh yang aku cerita kat tas memandangkan 25 hb adalah cuti perayaan.Makanya,keadaan team kami agak kelam kabut disebabkan banyaknya stesyen persampelan kami itu berada pada kawasan zon banjir.Banyak jalan ditutup.Disebabkan oleh itu kami terpaksa melalui jalan alternatif yang sangat jauh bagi memastikan kesemua sampel pada hari tersebut di ambil.Hujan lebat bukanlah penghalangnya,yang pentingnya aku ada payung standby dalam pajero opis (hehe)

Sahabat saya yang bekerja di Pmint Granite menjadi sumber rujukan bagi jalan2 yang ditutup dan jalan alternatif.Saya sangat bersyukur sebab ada jugak member2 yang sebegini rupa.hehe!

Makanya setibanya kami kat opis seusai menghantar sampel ke pejabat kimia Kuala Terengganu,saya ditugaskan untuk menjaga bilik gerakan banjir bermula jam 5 petang hingga 10 malam.Dan bermulanya tika dan saat itu keadaan menjadi agak kelam kabut (biar dok pong) memandangkan kami dikehendaki mengupdate reten -menerima panggilan dari agensi dan jabatan2 yang berkenaan bagi memastikan semua aktiviti berkenaan bencana dapat disetelkan dengan seberapa segera mungkin -  team perubatan,pusat pemindahan banjir,blablabla...Sehingga jam 1030 malam pada hari tersebut sebanyak 16 pusat pemindahan banjir dibuka.

Video  kat bawah adalah berhampiran dengan rumah Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,yang dinaiki air.

 



 Petang tadi sebelum aku pulang ke rumah,Alhamdulillah dah banyak pusat penempatan banjir tutup.Ada 2 je yang masih belum tutup.Moga Allah permudahkan urusan kita semua di daerah Hulu Terengganu dan semua daerah di negeri Terengganu.Amin!



Monday, December 17, 2012

Boikot!



Salam a'laik

Isu boikot - setiap orang ada pandangan dan pendirian masing2. Mari menaip dan berkongsi seketika,woha!

Situasi 1 (bulatan gembira) 

" Ana merasakan aktiviti boikot yang berkait dengan penubuhan negara haram Israel adalah berjaya.Masakan tidak,harga makanan di sebuah restoran makanan segera (paham2 sendiri) yang disukai ramai kat Mesia ni mula menurunkan harga makanan secara mendadak.Itu sebenarnya penanda aras kepada kita bahaya boikot kita adalah berjaya,"- ujar Abu kepada sahabat2 bulatan gembiranya.


Situasi 2 (sembang kedai kopi) 

"pergh,last time aku pergi makan kat Mc'kanan segera tu dua bulan yang lalu,sejak2 aku boikot ni aku tak pergi langsung.Lagipun aku sedang menjalani lifestyle yang sihat dan dalam usaha mendisiplinkan diri dalam pengambilan kalori harian.Jadi dua manfaat yang aku dapat - healthy lifestyle + cakna terhadap saudara2 kita kat sana," - Kata Mas Azzam kepadaku sambil menghirup kopinya.


Situasi 3 (ofismate tumpang kereta gi breakfast)

“bro,lu biar betul boikot Mc'kanan segera ni.ni stiker mana ko dapat?.takyah nak boikot2 la,tak jadi apa pun.anak aku kalau g kat bandar sana nun mesti nak suruh singgah makan2 kat situ.lagipun ko masa ni takde anak boleh ah sembang kosong..tak jadi apanye ,”- kata En. Usin kepadaku.
. . . . . .

Sebenarnya banyak lagi situasi2 yang mungkin kita pernah lalui mengenai penerusan aktiviti boikot ni.Pelbagai ragam manusia yang terkadang agak sukar difahami cara penerimaan mereka mengenai isu bumi Palestin – tanah wakaf umat Islam semenjak zaman berzaman,juga dinyatakan akan keberkahannya di dalam Surah Al-Isra’ sebagai peringatan yang bermakna dari Allah SWT kepada kita sebagaimana firmanNya : 

    Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (17:01)

. . . . . .


Aku dan Palestin

Jujur aku katakan,ketika zaman persekolahan aku dulu,aku tak pernah pun ambil tahu tentang isu ni.Dan aku tak tahu pun peta Palestin tu kat mana,sebab zaman remaja aku dipenuhi dengan keseronokan ber-huha-huha dengan kawan2.

Aku dan kawan2 mula alert tentang isu Palestin setelah salah seorang kaki jamming mengedarkan EP band Street Rock dari Kuantan – Big Bang: Guns For Palestine (tak silap aku pada tahun 2006 rasanya – bukan yang kpop tu).Masa tu zaman2 jamming session+gig membuatkan we all turut hanyut di arus hedonism yang melampau.

2008 –baru aku tahu!

Tahun 2008 meceritakan segalanya.Aku dan kengkawan kolej telah di jemput oleh seorang sahabat yang menuntut di Universiti Malaya bagi menghadir satu forum yang dikendalikan oleh sebuah kelab di bawah naungan NGO Islam di Dewan Kolej 12 (Akademi Pengajian Islam).Masa tu aku ingat lagi,yang memberikan talk tentang Palestin adalah Pengerusi Aqsa Syarif  sendiri – Prof.Hafidzi Mohd Nor.Dan sejak malam tu,kami jelas tentang isu ini dan ianya melekat hingga ke hari ini.Ianya bukan sekadar isu umat Islam sahaja,malahan ianya isu umat sejagat.Barulah aku paham apa sebenarnya yang band Underground Kuantan – Big Bang nak sampaikan kepada generasi kami yang hingusan ni!

Teruskan boikot

Ye,isu ni mungkin di anggap remeh oleh sesetengah orang (aku tak sebut ramai) sebab mungkin ada dikalangan kita tak berapa nak jelas akan tentang hal ni.

Sebentar tadi baru jer aku bukak FB,tengok perkongsian yang berguna oleh Ammu Afdholin (Afdlin Shauki) di TV AL-Hijrah tentang betapa pentingnya isu boikot.Katanya :

    "Jangan meremehkan soal boikot, bayangkan duit yg kita sumbangkan ke restoran makanan segera itu membunuh kanak-kanak di Gaza"

Moga Allah SWT memandang akan usaha kita yang tidak seberapa ini.Amin!



(KLIK UNTUK LEBIH BESAR DAN JELAS)

PAUTAN :INDMINDS.COM

Sunday, December 16, 2012

Cuti - cuti hujan

Salam a'laik

hari ni aku mengambil keputusan untuk bercuti rehat memandangkan semalam team kami berhempas pulas sampling untuk parameter bakteria dalm suasana hujan lebat.

ye,ini adalah musim monsun timur laut,tengkujuh.kot?

keadaan sangat meletihkan sampai aku tertidur mati (padahal memang selalu tido je pon )dalam kenderaan semasa dalam perjalanan menghantar sampel ke pejabat kimia di kuala terengganu.

selamat bercuti kepada gua,woha!

[gambar 1: opismate gua dalam ujan]

 [gambar 1: opismate gua sanitize paip j]

nota: gambar2 di atas adalah gambar2 yang sebelum ini,woha!

Saturday, December 15, 2012

Din punya Walimah


Salam a’laik

Hari ni 15hb Disember 2012,sempat jugak aku berkumpul bersama2 teman semasa menuntut di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu bagi meraikan walimatul urus sahabat kami,Hafizaudin dan pasangannya,Anis Suzanna -  yang telah di ijabkabulkan pada 12.12.12 yang lalu.

Alhamdulillah,semasa akad nikah pun aku sempat pergi sebab tempat majlis tu dekat sangat dengan opis aku,makanya aku telah meminta izin dari penyelia aku untuk keluar sebentar bagi menyaksikan majlis akad nikah tersebut iaitu di Masjid Pauh.

Harapan aku,moga2 Baitul Muslim yang dibina mereka berdua mendapat keberkatan dari Allah SWT,moga2 berkekalan mewangi hingga ke Jannah,InshaAllah – Ameen!




Nota : Oh, Din sebenarnya merupakan housemate aku semasa kami sama2 menuntut di  Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu dalam Bidang Diploma Teknolgi Binaan. Aku Cuma sempat bersama beliau dalam setahun sahaja (yakni dua semester)  sebelum mendapat tawaran biasiswa Kementerian Kesihatan Malaysia untuk jawatan Inspektor Kesihatan.


Friday, December 14, 2012

Gaza : Apa Cerita?

Salam a'laik . . .

Semalam semasa aku sedang berehat menunggu giliran bermain badminton malam tadi,salah seorang daripada sahabat aku bertanya," zul,lama x update blog?aku tengok sepi je..,".

Jadi aku pun baru terfikirkan akan hal ini lalu tergerak untuk mengupdate sedikit sebanyak mengenai info yang mungkin boleh aku jadikan modal untuk bercerita melalui penulisan.Ianya bukan artikel kebanyakan sebagaimana yang kita lihat pada2 blog mereka2 yang berpengaruh - (dah2 aku dah start mengarut)

Gaza : Apa Cerita?

Suka aku kongsikan sedikit perkongisan dari Ammu Afdholin (Afdlin Shauki) sekembalinya dari Gaza  semasa singgah di Cairo , Mesir bersama2 student2 Malaysia kat sana sempena Misi Aqsa2Gaza 11 ER bersama2 Bront Palarae,Zain (Oh My English), Ustazah Maznah Daud dan ramai lagi.

Kata Afdlin –“ Perasaan saya ketika menjejakkan kaki saya ke Palestin seolah2 saya pulang ke kampung halaman saya – amat berat saya untuk saya meninggalkan Palestin ,’ – (lebih kurang macam tu la . . .).

“Kita sepatutnya kena berterima kasih kepada orang Palestin sebab menjaga dan bersusah payah mempertahankan rumah kita yakni rumah semua orang Islam di Tanah Suci,Di Masjidil Aqsa di Palestin. Cara berterima kasih adalah cara dengan cara membantu mereka dengan apa cara sekalipun,”. – Ujar beliau lagi.

Perkongsian Video di Youtube oleh Kelab Ikram Mesir , moga bermanfaat buat kita semua!


Thursday, November 1, 2012

Bulan & Madu

"Bila kepahitan berlalu.Manis pun datang.Kita pun berbulan madu.Kemudian,pahit datang lagi.Bulan madu berakhir seketika.Kemudian manis datang lagi,bulan madu berulang lagi... Begitulah seterusnya mengikut cuaca rumah tangga.Inilah hakikat hidup di dunia.Disini bukan syurga yang terus berkekalan nikmatnya."

"Ada ilmu yang tidak boleh difahami hanya dengan mempelajari.Ia perlu dirasai... Ya , antara ilmu tentang cuaca rumah tangga!,".- Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Nota : Jawapan untuk seorang teman

Friday, June 8, 2012

Layakkah kita diuji?

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)".- (29:2) 
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".- (29:3)
Semalam aku dapat SMS daripada seorang sahabat dari KL,memberitahu bahawa salah seorang sahabat kami ditimpa musibah pada hari rabu yang lepas.Aku dimaklumkan bahawa rumahnya telah dipecah masuk oleh perompak & syukur beliau & isterinya tidak mendapat sebarang kecederaan,hanya melibatkan kehilangan sebilangan besar hartabenda.


Agak memeranjatkan juga dengan apa yang berlaku ke atas beliau,memandangkan malam sebelum kejadian aku ada menghantar sms bertanyakan tentang satu soalan.Walaupun lewat dihantar akan jawapannya,dimana kejadian tersebut telah berlaku- keadaannya tetap seperti biasa seolah2 tiada apa2 yang berlaku.Bersahaja.


Pagi semalam setelah mendapat tahu akan berita tersebut,aku menghantar sms mengucapkan takziah.Responnya di balas dalam keadaan tenang dimana dalam keadaan diuji sebegitu pun masih bersangka baik dengan Allah SWT.


WAHAI DIRI! BEGINILAH SEHARUSNYA AKU!


Bersangka baiklah dengan Allah dalam setiap perkara yang berlaku keatas kita.Kerana kita ini dimiliki olehNya.Maka sesungguhnya sememangnya kita ini sentiasa berada dalam keadaan layak diuji oleh Allah Azzawajalla!


09/06/2012@1.12pm
TamanKalungan Mas@rumahgua




(Sumber :Nasyidfm)

Friday, June 1, 2012

BM

Assalamua'laikum

Setiap kali gua masuk belog ni,satu  pernyataan perkataan yang biasa gua tulis adalah - aku tak tahu nak tulis apa,blog bersawang dan blablabla,..perkara tersebut juga ditulis semasa gua menulis di blog lama- amatxkesah.blogspot.com,.haha..

Kebelakangan ini,entahlah kenapa gua asyik memikirkan tentang BM (bukan bahasa melayu) ,.kalau dikalangan mereka2 yang aktif dalam gerakan usrah dan sebagainya ,ianya akronim bagi perkataan Baitul Muslim - pembinaan keluarga muslim.

Tapi sekarang orang2 awam pun dah mula pakai istilah ni.Menandakan bahawa orang2 kita dah mula alert tentang pentingnya agama dalam kehidupan - semua nak islam (busana muslimah,bank- nak yang shariah compliment ,etc).Dan masing2 kalau musykil bab agama dah tak segan2 nak bertanya kat mereka2 yang fuqaha dalam hal2 yang berkaitan.

Minggu lepas,rutin balik kerja drive dalam lebih kurang 40 minit dari opis,.sampai kat rumah kira2 jam 6 petang macam tula.Gua macam biasa akan ke dapur - makan nasik.Kendian mak gua datang lepak skali dan bertanya tentang kerja.Tiba2 gua membuka topik pasal kenduri kendara aka walimah sepanjang cuti sekolah :
Gua : Cuti sekolah datang lagi , banyak la Mat dapat jemputan walimah dari kawan2 satu sekolah ..paling jauh kat Perak Johor ngan Selangor 
Emak : oh,nak pergi ke jauh2 tu?yang kahwin tu umur berapa? 
Gua: Lol,sebaya la umur 24 tahun 
Emak : oh,.kalau lelaki 24 tahun muda lagi,.kalau perempuan memang patut kawin la yang umur 24 tu . . . 
Gua : (tiba2 memetik Gibson SG- lonely day : sadis sekali!)
Tiba2 gua rasa kosong , kosong , ..entahlah,umur gua sudah 24 tahun dan sepanjang usia gua ini tidak pernah terlintas di mata kepala gua untuk mengurat,berkapel dsbnya.

Gua berkira2 sambil bermonolog dengan dinding,siapalah yang sudi menguruskan hal ehwal berkenaan jodoh gua.Siapa peduli.(Cis,buat ayat sedih,.hehe..).Emak aku macam tak supportive langsung (EMAK,SILA BACA BLOG SAYA,HEHE).Sahabat2 pun dah ada yang bertanya dan mendesak supaya mencari jodoh,katanya jodoh takkan datang bergolek,.wakaka~

Korang tunggu dan lihat,.ada rezeki adalah.InshaAllah.Doakan aku! :)


Rasa cambest tengok family Dr.Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha-Sebarkan bahagia! :)

Saturday, May 12, 2012

aku , kayu. . .

aku ibarat kayu , 
lalu kancil , tiada apa- apa
lalu harimau , pun tiada apa-apa
apalah aku ini , kayu dan aku , sama saja


keinginan ada
rasa cinta - boleh di ada- ada
tapi bagaimana harus aku
ungkapkannya
jika sedia itu cuma patah kata


di depan mata 
itu yang tersedia
tiada tindakan
hanya kata reti berbicara


aku adalah kayu
kayu sama seperti aku
kau dan aku adalah ciptaanNya
yang membeza kita hanyalah akal yang dikurnia!
Nota : Malam ini , banyak persoalan yang bermain di minda aku.Aku cuma orang awam di tengah2 masyarakat yang marhaen , tiada kefaqihan ilmu.Yang ada cuma rasa fitrah yang dikurniakan olehNya samaada memlih untuk terus mencuba untuk berkata "ya" atau "tidak".Moga Allah membantu,InshaAllah,Amin Ya Rabb!

Saturday, April 14, 2012

Jalan-jalan Tadabbur Alam - Tasik Kenyir : 11.04.2012

Rabu lepas , 11 April 2012, saya dan rakan2 telah berpeluang pergi memancing di Tasik Kenyir.Dibawa oleh tekong muda yang berusia 15 tahun, Arif, sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau sangat arif dengan selok belok lubuk ikan bagi spesis-spesis yang tertentu.

Port pertama we all melandingkan bot untuk memancing adalah berhampiran dengan kawasan air terjun Sauk yang memang cukup terkenal di kalangan pengunjung yang datang untuk bermandi manda.Di situ we all telah mula menggunakan teknik pancing secara “Casting” dengan menggunakan “Rapala” – (betul ke tak aku eja nim?),seterusnya ke kawasan yang di rahsiakan oleh pemandu arah dan port last skali adalah di kawasan anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Ikan.

Secara keseluruhan , we all berasa sangat berpuas hati dengan tangkapan pada hari tersebut memandangkan ianya merupakan kali pertama we all memancing di atas bot di tengah2 keluasan tasik yang seakan2 laut china selatan pemandangannya.Sangat menakjubkan ciptaan Allah SWT.Sebanyak 8 ekor anak Toman Berjaya ditumpaskan (ayat macam hebat,hehe) dan akhirnya aku pun tak tahu nak masak apa ikan ni,wakaka !



Our Tekong , Arif @ Sauk Waterfall

Awok2 dan hasil tangkapan ,. wohoo~


Temoleh 11 Kg , tewas di tangan En.Bakar Seri Gawi



Jalan-jalan tadabbur alam ciptaan Illahi,harap2 ada lagi peluang macam ni InshaAllah!