Panduan Kerjaya Jururawat

Friday, April 25, 2014

Berbekam

3 hari lepas, aku telah memberanikan diri untuk berbekam.Bertempat di premis Bekam Khalifah Jalan Tok Adis sebanyak 12 cawan telah di ambil di bahagian belakangku mewakili 12 organ dalaman.

Apa yg menariknya di premis tersebut, pengamal perubatan tersebut mengamalkan praktik yang sangat hygiene dimana kesemua peralatan disterile terlebih dahulu.

Dan sisa buangan seperti darah dan juga kotoran dibuang didalam tong kuning hazard yang akan dibuang dan di lupuskan di hospital.


Oh ya sehari selepas berbekam aku mengalami demam mengejut keesokan hatinya.

Dan ianya normal.Ini adalah kerana badan aku mengalami kehilangan banyak air dan juga oksigen dimana sistem imun badan akan breakdown.

Sebab itu kita dinasihatkan untuk mengambil air sebanyak mungkin untuk recover balik.Pengambilan madu dan juga habbatus sauda juga adalah digalakkan.

Sejujurnya aku tak sempat nak snapshot masa aktiviti berbekam sebab tertidur.Dan rasanya sangat ohsem.

Secara totalnya untuk kali pertama berbekam di Bekam Khalifah adalah sebanyak Rm80 (each cup Rm7) tapi still ada discount. Untuk next treatment adalah sebanyak Rm60/cup.Dan sekiranya untuk kali ke-5 rawat berbekam adalah percuma.

Untuk dapatkan khidmat berbekàm ini,ada terdapat dalam gambar diatas ini.

Kbai.

Saturday, April 19, 2014

Walimah Dr.Haq & Dr.Mira

Kami suka Carl's Jr burger.Dan kami turut sama di feature kan dalam Web Bakarlemakpantas.com sebagai testimoni.

Tapi dia nikah terlebih dulu.

Selamat pengantin baru Dr.Haq dan zaujah Dr.Mira.Moga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.Ameen.

- I gained my 5kg,and it feels so good.haha.bulking katanya.

Oh ya,sahabat saya Abdul Fattah schoolmate di SKR juga selamat diijabkabulkan siang tadi.Alhamdulillah. 

Doakan orang yg menulis ni pula,InshaAllah. (hehe)

Thursday, April 17, 2014

Latihan Hands On Sains Instrumentasi Dan Kalibrasi Peralatan KMAM

15-17/4 yang berlalu,sudah tentunya di tahun 2014.

Ada dua benda yang aku terlepas pandang sejurus keluar perkarangan Sutra Beach Resort: 1.nametag dalam bilik tido 2.fail ujian fungsi ngan daftar kerosakan (mende gitu kabo gok).

Antara intipati yg paling penting dalam kursus kali ini adalah dari segi pengurusan peralatan pada menjalankan ujian fungsi yang mana sebelum ini kami tak pernah buat dan tak pernah tahu kewujudan borang yang digunakan untuk merekod.woha!

Begitu juga dengan kalibrasi yang melibatkan kekerapan yang sepatutnya berapa kali perlu dilakukan,apakah jenis2 reagen yg digunakan,cara penyimpanan dan banyak lagi.

Perkara2 yang remeh sebegini sememangnya banyak mempengaruhi keputusan sampel air yang diambil.

Secara totalnya,taklimat berkenaan ujian fungsi dan kalibrasi disampaikan oleh pihak pembekal peralatan iaitu dari kompeni Arachem.Beribu2 tania diucapkan atas tunjuk ajarnya cik su,lain kali datang lagi.






Revisi hari terakhir adalah perkongsian tatacara pelaksanaan sampling bagi air GFS, air tasik dan juga terawat. Setiap daerah menunjukkan teknik yang dipraktikkan di tempat masing-masing.

Sekiranya terdapat kesilapan dalam persampelan, serta merta akan ditunjuk ajari oleh Tuan Haji Rosli Qhoyyim bagaimana cara yang seharusnya dilakukan mengikut tatacara SOP pelaksanaan  Manual Kmam Jilid 1&2.

Sambutan hari lahir warga kejuruteraan >hidup ini penuh dengan kejutan!

Terima kasih Pn Jah sebab buat kejutan utk staff2 utk Sambutan hari lahir yg bermula Jan-April.

Dan yg pastinya NTU dlm WQS kami xlengkap lagi untuk bulan Mac walaweiii.





Sekian,Kbai.

Saturday, April 12, 2014

Futsal

Alhamdulillah usai sudah futsal tertutup peringkat kesihatan hulu terengganu.

Tahniah kepada penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program ini di samping merapatkan lagi ukhuwwah sesama anggota dan kakitangan pekerja di fasiliti - fasiliti kesihatan daerah hulu terengganu.

Ini cubaan menaik beban gambar dari android :





Sekian terima kasih. 

Friday, April 11, 2014

3 bulan lagi

79 hari lagi berbaki sebelum datangnya Ramadhan.Ramadhan sememangnya menggamit seribu kenangan sewaktu berada di kolej,memaknakan diri pada erti menjadi seorang muslim apabila dikelilingi ikhwah2 yang sentiasa mengisi ruang2 masa semaksima mungkin.

Mula menghargai Ramadhan apabila menjejak kaki di bumi Kl.

Dan sememangnya playlist munsyeed ini tidak pernah mengecewakan diri ini sekadar menjadi penghibur diri tatkala terkenang kemanisan Ramadhan semasa melalui hari2 sebagai pelajar di kolej :

1.Rabithah - Kau dan Ramadhan

2.Da'i Nada - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

3.Muadz Dzulkefly - Sambutlah

Kbai.