Panduan Kerjaya Jururawat

Saturday, December 15, 2012

Din punya Walimah


Salam a’laik

Hari ni 15hb Disember 2012,sempat jugak aku berkumpul bersama2 teman semasa menuntut di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu bagi meraikan walimatul urus sahabat kami,Hafizaudin dan pasangannya,Anis Suzanna -  yang telah di ijabkabulkan pada 12.12.12 yang lalu.

Alhamdulillah,semasa akad nikah pun aku sempat pergi sebab tempat majlis tu dekat sangat dengan opis aku,makanya aku telah meminta izin dari penyelia aku untuk keluar sebentar bagi menyaksikan majlis akad nikah tersebut iaitu di Masjid Pauh.

Harapan aku,moga2 Baitul Muslim yang dibina mereka berdua mendapat keberkatan dari Allah SWT,moga2 berkekalan mewangi hingga ke Jannah,InshaAllah – Ameen!




Nota : Oh, Din sebenarnya merupakan housemate aku semasa kami sama2 menuntut di  Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu dalam Bidang Diploma Teknolgi Binaan. Aku Cuma sempat bersama beliau dalam setahun sahaja (yakni dua semester)  sebelum mendapat tawaran biasiswa Kementerian Kesihatan Malaysia untuk jawatan Inspektor Kesihatan.


No comments:

Post a Comment