Panduan Kerjaya Jururawat

Wednesday, March 28, 2012

Seminar Pelaburan Power : Pelaburan Akhirat

" Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya". (2 : 261)

 1.0 Cerita dari Masjid : 

Kisah Saidina Ali Karamallahu Wajhah dan keluarganya sebagaimana diceritakan oleh Ustaz kat masjid tadi - Pada suatu hari , Saidina Ali R.A telah diberitahu oleh isterinya , Saidatina Fatimah Az-Zahra akan ketiadaan makanan untuk dimakan pada hari tersebut.Keadaan ini menyebabkan beliau sekeluarga kelaparan termasuk anak-anaknya.Kemudian pasangan suami isteri tersebut bercadang untuk menjual sehelai kain (kain/baju/seluar ke Wallahu a'lam) ke pasar.

Kemudian Saidina Ali ke pasar untuk menjual kain tersebut.Kemudian datanglah seorang lelaki untuk membeli kain tersebut pada harga 6 Dirham.Maka berlakulah jual beli antara si penjual dan pembeli tersebut.

And then,semasa dalam perjalanan pulang ke rumah,beliau terserempak dengan beberapa orang tua yang kelaparan.Belum makan apa2 dan takde duit nak beli makanan.Disebabkan oleh kesiannya Saidina Ali kat diorang , makanya diberi kesemua 6 Dirham tersebut.Keadaan ini menyebabkan beliau sendiri dah takde duit untuk membeli keperluan makanan kepada dirinya dan keluarganya sendiri.

Jadi Saidina Ali pun ambil keputusan nak balik ke rumah & dalam perjalanan beliau terserempak dengan seorang lelaki yang tidak dikenali sedang membawa seekor unta lalu menyapa beliau.Lelaki berkenaan menegurnya," Wahai Abu Hasan,mahukah engkau membeli unta ini?,".Beliau menjawab,"Bagaimana nak beli unta ini sedangkan aku sendiri tidak mempunyai wang untuk membelinya,".

Kemudian lelaki berkenaan bersedia untuk memberikan Saidina Ali berhutang bagi memiliki unta tersebut pada kadar harga 100 Dirham dan Saidina Ali pun bersetuju.Kendian Saidina Ali pun bergerak pulang ke rumah dalam keadaan yang gembira.Dan dalam perjalanan pulang beliau terserempak pula dengan seorang lagi lelaki yang tidak dikenalinya.Wajahnya berseri2 dan tidaklah pula kelihatan familiar mukanya dengan tempat itu.

Lelaki itu menyapa Saidina Ali dan bertanyakan tentang Unta tersebut."Mahukah engkau menjual unta itu?,".Kemudian Saidina Ali menerangkan tentang bagaimana beliau mendapatkan unta tersebut.Lelaki itu bertanyakan tentang harga sebenar/modal belian unta tersebut.Saidina Ali pun dengan jujurnya menjawab, Unta tersebut dibeli dengan hutang pada kadar harga 100 Dirham.

Lelaki tersebut pun berkata ,"mahukah engkau menjual  Unta tersebut pada kadar harga 160 Dirham?,".Makanya bersetujulah Saidina Ali R.A menjual Unta tersebut dan berlakulah jual beli antara kedua-duanya.huhu..

Dan dalam perjalanan seterusnya beliau terserempak dengan lelaki yang mula2 ditemuinya - si penjual unta.Makanya diterangkan oleh Saidina Ali kepadanya tentang Untanya yang telah dijual dan memberikan 100 Dirham sebagaimana yang di hutangkan oleh beliau.

Sampai di rumah,situasi yang di alaminya telah diceritakan kepada zaujahnya,Saidatina Fatimah Az-Zahra.Saidatina Fatimah Az-Zahra dan keadaan ini memeranjatkannya.Kata orang ,.untung atah darak kering (orang tranung panggil).Dengan tidak semena2nya rezeki itu berganda2 ,kalau ikut logik akal memang tak logik lah.

Kendian Saidina Ali pergi berjumpa Rasulullah SAW lalu ditanyakan mengenai keadaan yang di alaminya.Maka Rasulullah SAW pun tersenyum kepada Saidina Ali dan berkata," Bergembiralah kamu wahai Ali!,".Kemudian Rasululllah SAW memberitahu kepada beliau bahawa lelaki yang ditemuinya itu , si penjual dan si pembeli adalah malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menguji beliau.

Rasulullah menerangkan lagi bahawa,unta yang di jual oleh Saidina Ali RA itu tadi sebenarnya merupakan haiwan tunggangan yang bakal membawa isterinya ,Fatimah Az-Zahra menuju ke syurga di akhirat kelak.Allahu Akbar!

1 kebaikan yang kita buat, 10 Allah bagi,.Allahu Akbar!

6 kebaikan = 60 Allah bagi,.


2.0 Nota : 

Sangat menginspirasikan kisah di atas,maka demikian besarlah pelaburan yang dilakukan oleh Saidina Ali , walaupun kat atas dunia lagi Allah dah bagi kebaikan dan manfaat kepada diri beliau sendiri d an juga keluarganya.Malah lebih dari itu beliau dapat , rahmat dan kasih sayang Allah dan yang paling penting syurga bagi hamba2Nya yang bertaqwa.

Kalau tengok dalam kisah kat atas,rasanya kalau kita tak mungkin bagi 6 dirham semua,konfem bagi 3 dirham untuk orang2 yang lapar,3 dirham kat kita sendiri.Takpun tak bagi langsung,sekadar bersimpati sahaja,hehe..berat 66 kite nim.

Kalau dapat bini bengkeng lagi la,.kena marah kaw2 punye pasal bagi semua duit kat orang yang tak dikenali tu.Sungguh,hanya orang2 yang dikurnia  rasa taqwa dan tidak ragu terhadap rezeki Allah saja akan dapat rasa nikmat sebagaimana yang dilalui Saidina Ali R.A sendiri.

 (Gambar Hiasan Sahaja - Sumber : A2gz & b2g)

Sunday, March 18, 2012

Tukar Unit

Perancangan Allah yang paling terbaik , maka bersangka baiklah kita selaku hamba-hambaNya

Aku secara rasminya ditukarkan ke Unit KMAM , dari Unit BAKAS  pada 15 Mac yang lalu ,.

Tuesday, March 6, 2012

Kembara Aids 2012 , Perlis Dan Langkawi (02 - 05/03/2012)

Assalamua'laikum WBT

Berprogram 2 hari di Perlis (02-03/3/2012) , sempena Hari Aids Sedunia 2012,anjuran Kesukes Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.Kami bertolak pada pagi jumaat , 02/03/12 kira2 jam 5 pagi ke Daerah Besut bagi mendaftarkan diri dan berkonvoi beramai2 mengikut team pilihan mengikut kenderaan masing2 secara berkonvoi. 

Kami dilepaskan oleh Yang dipertua Kesukes,merangkap Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu , Dr. Hj.Anwa Sulaiman kira2 jam 8.00 pagi dimana aktiviti utama program ini adalah Treasure Hunt ala2 Explorace/Amazing Race.Sepanjang perjalanan di beri klu dan berbagai hint bagi menyelesaikan jawapan bagi soalan yang telah dibekalkan oleh pihak penganjur.Ianya agak mencabar bagi team we all (meskipun gua tidur mati sepanjang perjalanan,kahkah!).

Kami dikehendaki sampai ke Hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis kira2 jam 6.00 petang untuk menyerahkan jawapan bagi treasure hunt tersebut dan juga check inn hotel.Pemenang akan dimaklumkan pada keeseokan harinya.Konklusinya kami tak menang apa2.wakaka! :)

Sebelum berlepas . . .

akhirnya dilepaskan . . .

mencari sebuah jawapan . . .

dang lagi gaye . . .

cari klu secara pukal ,. wakaka!

Al - Fadhil Ustaz Hakimi cuba membantu . . .

Berhenti makan kat RNR Banjaran Titiwangsa . . .

Meniru Jawapan . . .

Bagi hadioh . . .

Cabutan bertuos . . . 

Tempat bermalam . . .


2.0 Langkawi : The Vacation

teruja naik feri . . .

macam nasik kandar tapi bukan . . .

 Tawar menawar nge tokei kedai . . .

bergaya kat rumah area beras terbakar . . .

Nek keta kabel . . .

sek2 cemas . . .

dalam keta kabel . . .

 membeli ikan bilis . . . 

letihsang . . .


chocs ,.already taken huhu...

nak balik doh . . .

kimi & arnab . . .

atah bukit ...


3.0 Closing

Sebenarnya banyak kejadian yg x diingini berlaku ,.beberapa bungkusan dan beg we all telah disyaki tertinggal atau di ambil ketika kat jeti feri.Ianya mungkin disebabkan oleh kecuaian we all sendiri atau terlalu seronok tak ingat dunia time nak balik.Anggaplah ini semua ujian dari Allah swt ke atas hamba2Nya,dah takde rezeki nak buat camner.Mungkin Allah nak bagi kat saluran yang lain.Bersangka baiklah dengan Allah swt sebab kita ini milik dia,makanya kita sememangnya layak diuji.Wallahua'lam.


Thursday, March 1, 2012

28 - 29/2/2012 - Pemantauan Sanitasi & Kawalan Mutu Air Minum d'Tasik Kenyir

Sebagaimana yg di nyatakan kat atas , aktiviti di atas adalah rutin bagi Unit Kmam & Unit Bakas PKDHT.Kali ini melibatkan dua orang wakil dari Bahagian Kejuruteraan JKN Terengganu ,dimana dey all ditugaskan untuk menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh we all selaku incharge daerah.

Ok,antara objektif utama program sanitasi ni adalah untuk mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan kesihatan alam sekitar, membuat penilaian bagi aspek2 yang telah digariskan serta memberi cadangan dan teguran ke atas pusat pelancongan yang berkenaan agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Orait , ni adalah gambar2 yg sempat gua amek dua hari yang lepas.Syok gak pasal dapat release tension daripada terperuk dalam pejabat buat kerja2 yang tak berkesudahan ,.haha!

Berhampiran lobi Petang Island Resort

Salah sebuah resort yang bakal di "rating"

Pemandangan di waktu petang , Subahanallah !

Aktivitas persampelan air minum

Tempat we all menginap , Lake Land Resort

Tukang masak amatur -  En. Razak & Tamizi

Hakimi , The Chopper

Sangat indah

Salah sebuah boathouse di Lake Land Resort

Hari terakhir program

Catatan : Banyak view yang chantek dalam Tasik kenyir,sayangnya tak sempat nak ambil semua -bimbang xdop space dalam memory card untuk gambar kerja-kerja penyeliaan.