Panduan Kerjaya Jururawat

Sunday, December 18, 2011

Selamat kembali ke fitrah,doc!

Ibrah dari sebuah cerpen . . .

Aku masih ingat lagi,jalan cerita yang di tulis dalam sebuah cerpen ringkas di laman sesawang iluvislam - "Bisikan syahadah di Ringlet" - tulisan cerpenis dari UIA Gombak,En.Dhany Sarip.Jalan ceritanya agak ringkas,akan tetapi padat dengan pengisian mengenai sekumpulan anak muda yang begitu komited dalam menyantuni manusia agar kembali ke fitrah,yakni kembali kepada Islam.

Sangat menginspirasikan dan ianya berbeza dengan "aku"- yakni kita-kita yang berada dalam kelompok linkungan awam ini.Apakah sumbangan kita terhadap islam?Tepuk dada tanya Iman.Keluar pagi ke opis balik petang & malam tido.Dimana pengisian hidup atau rasa syukur kita?Berapa kerapkah aku ini datang ke surau masjid untuk solat berjemaah ?Menyantuni masyarakat untuk bermuamalah jauh sekali.<<<soalan ini untuk diri aku sahaja,titik.

Islam untuk semua

Aku sangat suka penjelasan Dr. Hafidzi Mohd Noor melalui sebuah video - Islam tetap berdaulat,samaada melayu bersepakat atau tidak.Jelasnya,Islam adalah untuk semua umat manusia dan bukannya khusu untuk orang melayu sahaja.Bagaimana dengan bangsa cina dan india yang beragama Islam di Malaysia ini?kalau dilihat dari segi kefahaman,mereka lagi hebat dari orang melayu itu sendiri.Contohnya,saudara Lim Joi Soon yang mrupakan pendakwah bebas masakini yang giat memberi kefahaman tentang islam serta perbezaan islam dengan agama-agama lain.Bagaimana pula dengan Ustaz Mohd Ravi Abdullah?yang juga merupakan pakar tajwid dalam bidang bacaan Al-Quran?jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan aku nih.kosong kot?

Selamat kembali ke fitrah,Dr.Tan Keng Yew

Khamis yang lalu,15 Disember 2011.Ini tarikh yang cukup berharga buat warga Pejabat Kesihatan Darah Hulu Terengganu.Salah seorang staf yang juga merupakan Pegawai Perubatan di KK Tengkawang,Dr. Tan Keng Yew - melalui Pegawai Kesihatan Daerah,Dr.A.L.Liza telah mengumumkan tentang keislaman beliau pada perhimpunan penyayang pada pagi itu.We all berasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi atas kembalinya beliau ke daerah fitrah.Bertambah lagi seorang umat Muhammad,moga beliau menjadi muslim yang mantap keperibadiannya serta mampu menyumbang kepada agama Allah ini,InsyaAllah.Amin Ya Rabb!


zulfadzlizulkhfli
0921pm (18/12/2011)
tamankalunganmas,rusila