Panduan Kerjaya Jururawat

Thursday, December 27, 2012

Banjir

Salam a'laik

(topik ini tiada unsur ilmiah,sekadar perkongsian syok seniri kot)

Isnin yang lepas,24 hb sehari sebelum Krismas,daerah di mana tempat saya bekerja dilanda hujan lebat mencurah2 tanpa henti (sebenarnya semua daerah di negeri Terengganu banjir,amnya-seluruh pantai timur).

Rutin harian persampelan dianjak ke hari isnin pada tarikh yang aku cerita kat tas memandangkan 25 hb adalah cuti perayaan.Makanya,keadaan team kami agak kelam kabut disebabkan banyaknya stesyen persampelan kami itu berada pada kawasan zon banjir.Banyak jalan ditutup.Disebabkan oleh itu kami terpaksa melalui jalan alternatif yang sangat jauh bagi memastikan kesemua sampel pada hari tersebut di ambil.Hujan lebat bukanlah penghalangnya,yang pentingnya aku ada payung standby dalam pajero opis (hehe)

Sahabat saya yang bekerja di Pmint Granite menjadi sumber rujukan bagi jalan2 yang ditutup dan jalan alternatif.Saya sangat bersyukur sebab ada jugak member2 yang sebegini rupa.hehe!

Makanya setibanya kami kat opis seusai menghantar sampel ke pejabat kimia Kuala Terengganu,saya ditugaskan untuk menjaga bilik gerakan banjir bermula jam 5 petang hingga 10 malam.Dan bermulanya tika dan saat itu keadaan menjadi agak kelam kabut (biar dok pong) memandangkan kami dikehendaki mengupdate reten -menerima panggilan dari agensi dan jabatan2 yang berkenaan bagi memastikan semua aktiviti berkenaan bencana dapat disetelkan dengan seberapa segera mungkin -  team perubatan,pusat pemindahan banjir,blablabla...Sehingga jam 1030 malam pada hari tersebut sebanyak 16 pusat pemindahan banjir dibuka.

Video  kat bawah adalah berhampiran dengan rumah Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,yang dinaiki air.

 



 Petang tadi sebelum aku pulang ke rumah,Alhamdulillah dah banyak pusat penempatan banjir tutup.Ada 2 je yang masih belum tutup.Moga Allah permudahkan urusan kita semua di daerah Hulu Terengganu dan semua daerah di negeri Terengganu.Amin!



No comments:

Post a Comment