Panduan Kerjaya Jururawat

Saturday, April 14, 2012

Jalan-jalan Tadabbur Alam - Tasik Kenyir : 11.04.2012

Rabu lepas , 11 April 2012, saya dan rakan2 telah berpeluang pergi memancing di Tasik Kenyir.Dibawa oleh tekong muda yang berusia 15 tahun, Arif, sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau sangat arif dengan selok belok lubuk ikan bagi spesis-spesis yang tertentu.

Port pertama we all melandingkan bot untuk memancing adalah berhampiran dengan kawasan air terjun Sauk yang memang cukup terkenal di kalangan pengunjung yang datang untuk bermandi manda.Di situ we all telah mula menggunakan teknik pancing secara “Casting” dengan menggunakan “Rapala” – (betul ke tak aku eja nim?),seterusnya ke kawasan yang di rahsiakan oleh pemandu arah dan port last skali adalah di kawasan anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Ikan.

Secara keseluruhan , we all berasa sangat berpuas hati dengan tangkapan pada hari tersebut memandangkan ianya merupakan kali pertama we all memancing di atas bot di tengah2 keluasan tasik yang seakan2 laut china selatan pemandangannya.Sangat menakjubkan ciptaan Allah SWT.Sebanyak 8 ekor anak Toman Berjaya ditumpaskan (ayat macam hebat,hehe) dan akhirnya aku pun tak tahu nak masak apa ikan ni,wakaka !



Our Tekong , Arif @ Sauk Waterfall

Awok2 dan hasil tangkapan ,. wohoo~


Temoleh 11 Kg , tewas di tangan En.Bakar Seri Gawi



Jalan-jalan tadabbur alam ciptaan Illahi,harap2 ada lagi peluang macam ni InshaAllah!

Friday, April 13, 2012

Kursus Budaya Kerja Cemerlang : 8 - 10 April 2012


Minggu lepas terpilih untuk menghadiri Kursus Budaya Kerja Cemerlang yang di anjurkan Oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu di Bukit Keluang Beach Resort pada tarikh sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada UPL PKD HTR sebab memilih saya untuk turut serta program yang cukup bermanfaat ini.Mudah - mudahan ianya menjadi platform yang terbaik untuk we all yang terpilih ini untuk terus berkhidmat dengan cemerlang di masa akan datang sebagai penjawat awam inshaAllah :)

Mendengar ceramah

Riadhah

LDK

Aktiviti tutup-tutup mata

Besday people,.& then dapat makan :)




Sekian,Terima Kaseh :)

Wednesday, April 4, 2012

Ke mana wang anda ?


Buku ni sangat bagus di baca oleh semua lapisan masyarakat samaada anda adalah seorang pelajar ipt,baru memulakan karier sebagai seorang pekerja makan gaji ataupun sudah lama makan gaji ,suri rumah dan ramai lagi.

Penulis banyak berkongsi ilmu yang bermanfaat (InshaAllah) bagaimana cara pengurusan kewangan yang efisyen mengikut situasi semasa samaada anda adalah seorang student,pekerja,pasangan yang sudah dan akan berumah tangga.

Dalam buku ini juga,penulis menekankan tentang pentingnya seseorang itu mengambil skim perlindungan takaful bagi manfaat diri dan juga ahli keluarga yang lain.

Dapatkan buku ni kat mana2 toko ilmu,sebab buku yang best seperti ini sepatutnya ada dalam rak buku dalam rumah anda (jangan tak baca plak).Penulis jugak banyak menekankan tentang soal keberkatan dalam mencari rezeki seharian di samping menerapkan nilai-nilai islami.Nak citer banyak2 pun ,.baik korang beli & baca je,.hehe..

Wallahua'lam
1231am,05april2012
Taman Kalungan Mas