Panduan Kerjaya Jururawat

Saturday, September 10, 2011

Sejarah : Lubuk Mandi & Rusila

Assalamu a'laikum wbt

Kebelakangan ini,ramai di kalangan sahabat saya yang berjinak-jinak menceburi bidang pelaburan emas.Menariknya mengenai pelaburan ini,kadar purata keuntungan emas adalah sebanyak 15% dalam jangkamasa 2 bulan.Akan tetapi perlu diingatkan juga bahawa harga emas adalah bergantung kepada situasi ekonomi dunia yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Cerita Lubuk Mandi,Rusila.

Beberapa hari yang lepas,saya ada terbaca mengenai Perlombongan Emas di Lubuk Mandi,Rusila melalui blog sahabat saya,Syazwan,klik sini -> Laman Alami Terengganuku < dimana disinilah bermulanya aktiviti perlombongan emas sekitar tahun 1988.Dan,sudah tentu,Lubuk Mandi merupakan salah satu daripada kawasan Mukim Rusila yang juga merupakan tempat saya dan kengkawan membesar dan bersekolah.

Saya sendiri pernah mengikuti kawan-kawan di kampung untuk turut sama menyertai aktiviti ini seawal usia 13 tahun,meskipun hasilnya sentiasa kosong (isunya,aku memang tak pandai "mengayak" emas,haha).Makanya,hobi yang tidak rasmi ini akhirnya dibungkus dan disimpan di dalam memori akibat tiada kesungguhan yang serius ketika itu.

Cerita Kedai Kopi

Antara cerita yang diturunkan dari generasi ke generasi yang sedia ada kini,terlalu banyak kisah yang tidak tepat dan benar mengenai peristiwa tanah runtuh dan kematian yang berlaku di Lubuk Mandi.

Antara yang sentiasa menjadi bayangan tatkala sahabat-sahabat membuka cerita mengenainya adalah peristiwa tanah runutuh yang berlaku ketika bulan Ramadhan tatkala Solat Jumaat didirikan,berlaku satu gegaran diiringi dentuman yang kuat lalu mengejutkan ramai jemaah masjid yang solat ketika itu.

Seraya dengan itu,usai sahaja solat jumaat ditunaikan,ramai orang berpusu-pusu menuju ke Lubuk Mandi untuk mencari sanak saudara,sahabat,jiran dan orang-orang  kampung yang dikatakan tertimbus tanah yang digali ketika mencari emas.Keadaan menjadi kelam kabut disambut tangisan dan hingar bingar bunyi helikopter,kenderaan kesihatan,bomba dan polis yang turut sama membantu dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Buku Cerita

Kisah Lubuk Mandi juga pernah diabadikan didalam bentuk buku cerita yang ditambah unsur-unsur mistik.Saya hampir terlupa siapakah gerangan empunya nama pengarang buku tersebut dan ianya prnah menjadi bahan bacaan saya semasa menuntut di SK Rusila pada suatu masa dulu.Ada di kalangan anda yang masih ingat tajuk dan nama pengarangnya?

Sejarah Lubuk Mandi,Rusila & Penemuan Emas (Petikan Blog KuZoll)

ARUS sungai yang mengalir pekat di situ benar-benar terasa sudah berpindah ke dalam degup jantung setiap penghuninya. la mengikis, menghakis dan meroboh tebing sedikit demi sedikit.

Pokok getah yang berderetan di sekitar Lubuk Mandi itulah menjadi punca rezeki kepada penghuni di perkampungan sekitarnya. Takdir telah mencipta dan membentuk kehidupan mereka dan takdir juga telah menukar segala-galanya, daripada kebun getah yang lembap dan ditutupi belukar tiba-tiba berubah men­jadi bumi bertuah dengan memuntahkan rezeki yang melimpah.

Berdasarkan sejarah, pada tahun 1365, daerah Marang yang meliputi Sungai Kerak dan Mukim Rusila yang melibatkan kawasan Lubuk Mandi ini ditakluki oleh Majapahit. Mengikut cerita mulut daripada orang tua-tua, sebelum da­erah ini diterokai, hutan belukarnya hanya didiami oleh kaum-kaum asli, Pangan atau Semang.

Mereka kemudian pindah ke gunung dan ke hulu-hulu su­ngai apabila orang-orang Melayu berasal dari negeri Kemboja, Champa (Indo-China) dan Yala, Patani (Selatan Thai) mula bertapak di beberapa kawasan sekitarnya. Terengganu sememangnya mempunyai hubungan dengankerajaan Jambi, Sumatera dan Thai pada kurun kedua belas.

Kajian juga membuktikan bahawa kerajaan Melayu Terengganu mungkin beragama Buddha) telah lahir sebelum kerajaan Sri-wijaya yang memindahkan ibu kotanya ke Sumatera pada kurun yang kedelapan Masihi.

Ketika itu Hulu Terengganu ialah ibu kota kepada' negeri Terengganu sebelum Kuala Terengganu, manakala Marang menjadi pintu masuknya. Kemungkinan di sinilah bermulanya Islam, kemudian barulah merebak ke Melaka.Oleh sebab, Marang, khususnya Rusila-Lubuk Mandi men­jadi kawasan laluan ahli-ahli perniagaan, kemungkinan pedagang Arab yang mengembangkan agama Islam di negeri China pada kurun ketujuh Masihi bertanggungjawab dalam mengembangkan Islam di Terengganu.

Sesungguhnya, tidak banyak yang dapat dibongkar mengenai orang yang mula-mula memerintah daerah Marang berbanding dengan daerah Hulu Terengganu atau Kuala Terengganu sendiri.Walau bagaimanapun, dipercayai sejak zaman purba atau zaman batu sudah ada tempat-tempat kediaman di sekitar pantainya dan tidak di kawasan hutan seperti di Lubuk Mandi.

Daripada apa yang dapat dikesan, terdapat seorang raja yang dikenali dengan panggilan Tok Raja yang berasal dari Patani pulang ke Terengganu selepas menimba ilmu agama dan kemudiannya memperisteri Wan Mas (khabarnya cucu kepada Tok Raja Patani).

Bagaimanapun, disebabkan perselisihan faham, anak raja itu melarikan diri, terus mengembara dari setempat ke setempat. Menyeberang sungai dan alur, naik bukit, turun bukit, akhirnya sampailah di suatu kawasan yang difikirkan sesuai untuk dijadikan tempat tinggal dan bercucuk tanam.

Inilah Lubuk Mandi yang berdekatan dengan Bukit Anak Reng dan Bukit Cerong Pinang, yang berasap apabila diteng-gelami banjir. Walaupun tidak ada gunung berapi di kawasan itu, asap yang keluar daripada kedua-dua buah bukit itu mem-buatkan tanah kawasan itu menjadi panas, ini merisaukan Tok Raja lalu meninggalkan kawasan itu.

Dalam tahun sembilan puluhan, seorang lagi anak raja dari Patani, yang dihalau dari istana, menjadikan kawasan Lubuk Mandi yang dingin dan berdekatan dengan gua itu tempat pertapaannya.Di gua itulah dijadikan tempat pertapaannya sehinggalah cukup ilmu di dada, lalu mengembara mencari sahabat-handai untuk penerokaan sebuah perkampungan.

Secara kebetulan dalam pengembaraannya itu, dia telah bertemu dengan sahabat lamanya, seorang anak raja Patani yang melarikan diri dari istana, di bawah teduhan sebatang pohon ru di tepi pantai.Sempena pokok ru, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Lubuk Mandi, yang menyerupai seorang lebai yang duduk bersila, lalu mereka namakan tempat itu Kampung Rusila, iaitu gabungan daripada pohon ru dan bersila. Nama itu kekal hingga sekarang.

Kedua-dua anak raja itu telah mengerahkan penduduk sekitarnya membuka kawasan perkampungan sambil mengerjakan tanah untuk bercucuk tanam. Di samping itu, agama Islamdikembang kepada orang ramai. Ramailah penduduk di sekitar datang berguru sehingga tersebar ke seluruh negeri.

Beberapa buah kampung di sepanjang pantai itu juga di-namakan sempena pokok ru, iaitu Rurenggeh (pokok ru tidak ada daun), Rudua (pokok ru bercabang dua), Rurendang (po­kok ru banyak daun) dan Rumuda (pokok ru terlalu muda)sehingga ke hari ini.

Kawasan hutan di situ kemudiannya diterokai oleh pen­duduk kampung sekitarnya pada awal tahun seribu sembilan ratus sebelum tanah getah itu diberi milik menjelang tahun empat puluhan, sesudah Jepun menyerah kalah kepada British.

Dahulunya sungai Lubuk Mandi banyak lubuk dan dalam airnya. Selain tempat mandi-manda selepas menoreh getah, mereka juga menjadikan sungai ini tempat mencari lauk-pauk. Ada ikan kelah, tumang, lampam, limbat, keli, baung dan se-bagainya. Selain bergantung hidup kepada menoreh getah, ke-banyakannya menjadi nelayan, bersawah padi dan berkebun kelapa, manakala perempuan pula menganyam tikar dan bertenun kain.

Pokok getah semuanya sudah tua, susu pun kurang. Batangnya sudah berkematu, ternyata rezeki daripada batang-batang getah ini sudah kian malap.Ketika berjalan sambil berfikir itu, tiba-tiba tersilau beberapa buah lubang yang agak luas. Aku terus menyusul secara diam-diam. Barulah terdengar suara manusia. Apabila menghampiri mereka, kesemuanya terdiam. Terkunci mulut, seolah-olah terperanjat. Cangkul dan kuali di tangan tiba-tiba terlepas dan jatuh ke tanah.

Misteri sudah terbongkar rupa-rupanya Lu­buk Mandi tempat emas! Lubuk Mandi kian dikenali, heboh menjadi buah mulut, nanya mula meniti dan terukir dari bibir ke bibir. Kata orang, Lubuk Mandi bumi bertuah.

Beberapa hari selepas bulan Ogos 1988 Laporan pertama tersiar di muka depan Utusan Malaysia:
Marang 12 November 1988.- Kerajaan negeri sedang menyiapkan satu laporan lengkap mengenai kerja-kerja mendulang emas yang dikatakan diusahakan secara haram di kawasan hutan Rusila, dekat sini sejak beberapa bulan lulu.
Menteri Besar Dato’ Seri Amar Di Raja (sekarang Tan Sri) Haji Wan Mokhtar Ahmad dijangkamembuat pengumuman penting tentang masa depan kawasan yang dilaporkan mempunyai banyak bahan galian tersebut, sehari dua ini.
Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Data' Ben-tara Luar Haji Omar Pilus berkata demikian ketika ditanya tentang hasil lawatan singkat serombongan pegawai kerajaan ke kawasan tersebut petang tadi.
Turut sama melihat orang ramai yang sedangmendulang emas di kawasan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Data' Setia Wangsa Haji AbdulRahman Nasir dan Pegawai Daerah Marang, HajiSaad Boto'.
Dato' Bentara Luar itu enggan mengulas lebihpanjang tentang potensi emas di kawasan itu danbagaimana dengan laporan yang dijalankan olehMalaysian Mining Corporation (MMC).
Beliau juga tidak dapat menentukan sama adaorang ramai dapat meneruskan kerja-kerja mendu­lang emas di kawasan tersebut atau kemungkinan satu larangan dikenakan bagi menjamin masa depan bahan tersebut.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebaranglangkah diambil untuk menentukan sama ada kawasan itu perlu dikawal supaya orang ramai tidak lagi tertumpu mencari atau mendulang emas seperti se-karang.Beliau tidak menafikan kawasan itu menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk sekitar atau dari Kuala Terengganu malah terdapat ramai dari daerah-daerah lain di negeri ini turut sama mendulang emas di situ.
Dato' Bentara -Luar juga melahirkan rasa terpe-ranjat dengan keadaan yang berlaku di kawasan itu sejak akhir-akhir ini sehingga antara beratus yang mendulang emas itu, ada yang sanggup berkhemah dan bermalam di situ.
Ditanva tentang rancangan baru kerajaan untuk memastikan keselamatan pendulang yang semakin bertambah, beliau menyatakan tunggulah keputusan \ang akan dibuat oleh kerajaan.
Katanva, Menteri Besar sendiri akan membuat kenyataan akhbar khas, bila semua laporan lengkap tentang keadaan dan cara penyelesaian diterima, dalam tempoh sehari dua ini.Ini disebabkan, beliau difahamkan kawasan yang terlibat dengan terjumpanya bahan galian emas itu, bukan sahaja di kawasan tanah kerajaan tapi terdapat juga kepunyaan tanah milik orang perseorangan.
Keesokan harinya beberapa akhbar menyiarkan "Rusila jadi tumpuan cari emas alat-alat mendulang naik harga mendadak".

Malah, ada akhbar yang menyatakan Kampung Rusila yang sejak sekian lama menjadi tumpuan beribu penyokong PAS setiap hari Jumaat, kini sudah dipancar oleh kilauan emas.

Pada tahun tersebut saya bersama ayahda Ismail bin Said pernah meredah hutan belantara Bukit Kor berjalan kaki dari rumah untuk mendulang emas di lubuk Mandi.

Perkongsian Gambar :

Tragedi Lubuk Mandi






Anda juga boleh baca artikel mengenai Lubuk di laman ini : Alami Terengganuku

Wednesday, September 7, 2011

terlanjur??

Assalamu a'laikum WBT

Hari ini saya ingin memperkenalkan sebuah ebook yang dikarang oleh seorang sahabat saya yang merupakan ofismate di pejabat merangkap incharge staff kesihatan di sebuah fasiliti kesihatan daerah Hulu Terengganu,saudara Ikhwan Muslimin.


Isi kandungan book yang berformat pdf ini mengandungi sedikit sebanyak informasi mengenai jalan penyelasaian bagi pasangan-pasangan yang telah terlanjur dan akhirnya menyebabkan berlakunya kehamilan luar nikah.Dalam erti kata lain,kahwin dulu baru nikah.


Anda boleh lihat review mengenai ebook ini di laman web beliau bagi mengetahui lebih lanjut mengenai isi kandungan yang dibicarakan mengenai masaalah yang sering dihadapi oleh golongan remaja yang terjebak ke kancah penzinaan yang sangat dibenci di sisi syara' ini.

KLIK GAMBAR DI BAWAH :


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk". - (17:32)

Tuesday, September 6, 2011

Krisis Somalia

Salam wbt

Terlebih dahulu,aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat diri sendiri memandangkan hanya aku sorang je kot yang melawat blog nih.Tiada pelawat.Hehe~

Mudah2han segala kekurangan dan kelemahan sepanjang Ramadhan yang berlalu dapat dijadikan iktibar dan pengajaran yang berguna agar kiranya Ramadhan yang akan datang sekiranya kita masih diberikan pinjaman nafas untuk terus hidup,dapatlah kita manfaatkannya sebaik mungkin dan SEBAIK2NYA berterusan didalam kehidupan kita seharian.Semoga Allah menerima amalan kita semua,InsyaAllah.

SOMALIA IS CALLING

Banyak perkara dalam kehidupan kita,dalam segenap hal,.kita jarang memandang akan sebuah kehidupan yang dibina dalam keadaan yang sangat kekurangan.Dalam erti kata lain,aku melihat ke dalam diri aku yang sentiasa inginkan kesenangan dan kemudahan dalam setiap perkara.Makanya disebabkan itu aku sentiasa merasakan banyaknya kekurangan yang dihitung2 sekiranya ada dikalangan orang di sekeliling lebih dalam segenap hal berbanding dengan kita.

Justeru itu,disebalik kecelaruan pemikiran yang kurang matang,makanya ditakdirkan oleh Allah swt-aku terpandang laman Facebook Islamic Relief Malaysia melalui Facebook Wardina Safiyyah mengenai isu ini.Ancaman kemarau dan kebuluran yang teruk mengakibatkan beratus ribu kanak2 di sana meninggal setiap saat akibat tidak mendapat makanan yang secukupnya.Makanya dari sini,aku bermuhasabah-masih ramai insan2 yang lain kekurangan,.sangat dhaif dan teruk jika nak dibandingkan dengan keadaan kita kat Mesia ini.

"Child dies every six minutes in Somalia famine"

"There simply can be no compromise. Every life must count and we cannot afford to lose more lives to this crisis."



Justeru itu,sape2 nak menderma bolehlah berbuat demikian melalui mana2 saluran yang tertentu,.skang ni dah banyak NGO kat Malaysia yang involve dengan aktiviti kemanusiaan ni.Aku cuma nak highlightkan satu NGO sebagaimana yang tertera di bawah.Dengan seberapa kadar segera,.maka berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan :

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Address: 31-7, Jalan SP2/1,Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Email: info@irmblog.org
Telephone: +603 8948 6334
Fax: +603 8948 7339

Maybank: 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 058
Lagi info di :

Islamic Relief Malaysia
PMRAM : Krisis Somalia

Kredit :

Picture - Deviantart