Panduan Kerjaya Jururawat

Monday, December 17, 2012

Boikot!



Salam a'laik

Isu boikot - setiap orang ada pandangan dan pendirian masing2. Mari menaip dan berkongsi seketika,woha!

Situasi 1 (bulatan gembira) 

" Ana merasakan aktiviti boikot yang berkait dengan penubuhan negara haram Israel adalah berjaya.Masakan tidak,harga makanan di sebuah restoran makanan segera (paham2 sendiri) yang disukai ramai kat Mesia ni mula menurunkan harga makanan secara mendadak.Itu sebenarnya penanda aras kepada kita bahaya boikot kita adalah berjaya,"- ujar Abu kepada sahabat2 bulatan gembiranya.


Situasi 2 (sembang kedai kopi) 

"pergh,last time aku pergi makan kat Mc'kanan segera tu dua bulan yang lalu,sejak2 aku boikot ni aku tak pergi langsung.Lagipun aku sedang menjalani lifestyle yang sihat dan dalam usaha mendisiplinkan diri dalam pengambilan kalori harian.Jadi dua manfaat yang aku dapat - healthy lifestyle + cakna terhadap saudara2 kita kat sana," - Kata Mas Azzam kepadaku sambil menghirup kopinya.


Situasi 3 (ofismate tumpang kereta gi breakfast)

“bro,lu biar betul boikot Mc'kanan segera ni.ni stiker mana ko dapat?.takyah nak boikot2 la,tak jadi apa pun.anak aku kalau g kat bandar sana nun mesti nak suruh singgah makan2 kat situ.lagipun ko masa ni takde anak boleh ah sembang kosong..tak jadi apanye ,”- kata En. Usin kepadaku.
. . . . . .

Sebenarnya banyak lagi situasi2 yang mungkin kita pernah lalui mengenai penerusan aktiviti boikot ni.Pelbagai ragam manusia yang terkadang agak sukar difahami cara penerimaan mereka mengenai isu bumi Palestin – tanah wakaf umat Islam semenjak zaman berzaman,juga dinyatakan akan keberkahannya di dalam Surah Al-Isra’ sebagai peringatan yang bermakna dari Allah SWT kepada kita sebagaimana firmanNya : 

    Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (17:01)

. . . . . .


Aku dan Palestin

Jujur aku katakan,ketika zaman persekolahan aku dulu,aku tak pernah pun ambil tahu tentang isu ni.Dan aku tak tahu pun peta Palestin tu kat mana,sebab zaman remaja aku dipenuhi dengan keseronokan ber-huha-huha dengan kawan2.

Aku dan kawan2 mula alert tentang isu Palestin setelah salah seorang kaki jamming mengedarkan EP band Street Rock dari Kuantan – Big Bang: Guns For Palestine (tak silap aku pada tahun 2006 rasanya – bukan yang kpop tu).Masa tu zaman2 jamming session+gig membuatkan we all turut hanyut di arus hedonism yang melampau.

2008 –baru aku tahu!

Tahun 2008 meceritakan segalanya.Aku dan kengkawan kolej telah di jemput oleh seorang sahabat yang menuntut di Universiti Malaya bagi menghadir satu forum yang dikendalikan oleh sebuah kelab di bawah naungan NGO Islam di Dewan Kolej 12 (Akademi Pengajian Islam).Masa tu aku ingat lagi,yang memberikan talk tentang Palestin adalah Pengerusi Aqsa Syarif  sendiri – Prof.Hafidzi Mohd Nor.Dan sejak malam tu,kami jelas tentang isu ini dan ianya melekat hingga ke hari ini.Ianya bukan sekadar isu umat Islam sahaja,malahan ianya isu umat sejagat.Barulah aku paham apa sebenarnya yang band Underground Kuantan – Big Bang nak sampaikan kepada generasi kami yang hingusan ni!

Teruskan boikot

Ye,isu ni mungkin di anggap remeh oleh sesetengah orang (aku tak sebut ramai) sebab mungkin ada dikalangan kita tak berapa nak jelas akan tentang hal ni.

Sebentar tadi baru jer aku bukak FB,tengok perkongsian yang berguna oleh Ammu Afdholin (Afdlin Shauki) di TV AL-Hijrah tentang betapa pentingnya isu boikot.Katanya :

    "Jangan meremehkan soal boikot, bayangkan duit yg kita sumbangkan ke restoran makanan segera itu membunuh kanak-kanak di Gaza"

Moga Allah SWT memandang akan usaha kita yang tidak seberapa ini.Amin!



(KLIK UNTUK LEBIH BESAR DAN JELAS)

PAUTAN :INDMINDS.COM

No comments:

Post a Comment