Panduan Kerjaya Jururawat

Friday, December 31, 2010

2010>2011

Selamat tahun baru

Takde apa yang menarik..
Kalau nak diikutkan sepatutnya tahun baru Hijrah kena lebih meriah dari tahun baru masihi ni.
Apabila di budayakan,maka timbul berbagai ceritera negatif sempena tahun baru.
Kebebasan anak2 muda di tengah2 kota,memberi kesan buruk terhadap lembaran Sosial Negara.
Jumlah anak2 terbuang ber"bin"kan Abdullah semakin meningkat.
Seakan2 trend dan kemestian yang kerap terjadi di malam tahun baru,malam merdeka..dan macam2 malam yang mereka ciptakan.

Apapun sepanjang tahun 2010 banyak perkara yang terpaksa di setelkan  ke tahun hadapan.Antaranya pembinaan sistem longkang yang telah dijalankan kira2 seminggu yang lalu di hadapan rumah aku.

Memandangkan kawasan rumah kami adalah kawasan yang sedang di bangunkan secara indipendent (tanah lot),makanya sistem saliran dan perparitan langsung tiada.Air limbah dibuang begitu sahaja dari rumah ke jalan raya yang menimbulkan keadaan jalan yang sentiasa basah.Aku mengambil inisiatif untuk membuat longkang sendiri,:memasang culvert,membina sump trap (perangkap sampah) dan lain2 lagi.

Projek ini bermula seminggu yang lalu,melibatkan teman2 sekampung yang turut sama membantu.Memandangkan ramai yang bercuti,projek ini dijalankan secara bergotong -royong.Ditambah pula hujan yang berterusan beberapa hari yang lepas,projek terbengkalai persis sebuah kompeni yang sedang menunggu hari2 bankrupt.Haha!

Kerja2 menggali di mulakan pada 22hb12.2010 oleh salah sorang member gua yang bekerja di Norlan United (tempat aku kerja dulu) dengan menggunakan Cast (betul ke x aku eja ni) dan hari2 seterusnya kami memasang Culvert,longkang,.membuat basement beralaskan konkrit blablabla..

Ni antara gambar kerja yang telah di jalankan :

gambar bawah :pasang culvert



gambar bawah:buat konkrit ngan awok2


gambar bawah:meratakan tanah dengan cast (tutup culvert)



gambar bawah:apiq,dari taiping turut membantu,hehe..


gambar:membuat sump trap (perangkap sampah)


secara keseluruhan progress kerja baru dalam 55 % kot,.

tunggu part seterusnya.

neway,sealamat bertugas buat cikgu2 yang bakal bertugas next week (terutamanya bapak ngan mak aku)..

tahun baru umur meningkat,harap2 amal juga turut bertambah..

Sekian,Wassalam.

12.58am,
TKM,
Rusila,Marang,Terengganu.

^_^

Thursday, December 30, 2010

kerja dan makan gaji-gajian

Semalam,usai sahaja Silaturrahim di rumah Pakcik Shamsuddin,aku dan Syafiq singgah di sebuah gerai makan di Jalan Kamarudin berhampiran Batu Buruk.

Banyak perkara kami bincangkan mengenai kerja.

Antaranya mengenai cara kita bekerja,cara kita mendapatkan wang melalui sesuatu pekerjaan itu.

Melalui pemerhatian selama 2 bulan lebih bekerja di tempat masing-masing,kami mendapati cara bekerja setiap staff berbeza.

Ada yang bekerja sambil lewa dan mengabaikan tugas "sebenar" mereka sebagai seorang pekerja yang memegang jawatan itu.Lalu menjadikan ianya cuma sebagai suatu rutin "pergi kerja" dan "balik kerja" tanpa bekerja dengan sebenar-benarnya.Contohnya,dari pukul 8 pagi hingga  5 petang,.hanya kira2 dalam 30% hingga 50% sahaja mereka bekerja untuk tugasnya yang dipertanggungjawabkannya itu.Selebihnya membuat aktiviti2 yang tidak bersangkutan langsung dengan kerja nya (FACEBOOK,ETC).

Aku akui,aku sendiri pun bukan pekerja yang bagus.

Tapi aku cuba untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dapat di kesan melalui muhasabah secara tak langsung (topik yang dibuka secara tiba2 di Gerai Makan,hehe).

Dan kami mula mempersoalkan mengenai wang/gaji yang kami perolehi setiap bulan hasil dari kerja yang tidak berkualiti,tidak amanah dan sebagainya.Adakah ianya syubhah,makruh atau apa (ni kena tanya Ustaz yang lebih faqih ni).

Bekerja di sektor kerajaan merupakan suatu amanah yang telah di berikan kepada kita.Sedar atau tidak,pendapatan kerajaan yang disalurkan kepada kita ( penjawat awam) melalui gaji bulanan merupakan amanah yang tidak ternilai dari rakyat Malaysia yang membayar cukai (senang kata duit rakyat la).

Makanya dari situ dapatlah kita fahami bahawa kita selaku penjawat awam harus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kerana mereka juga merupakan salah satu sumber yang "memberi" melalui saluran-saluran tertentu sehingga kita juga dapat merasai apa yang kita nikmati tika dan saat ini.Apa2pun nikmat kurniaan yang terbesar yang kita kecapi hingga dan saat ini semuanya adalah datang dari Allah SWT,.Ingat tu!

Selagimana kita mendapatkan rezeki yang halal itu melalui saluran yang betul dan baik,makanya InsyaAllah hati kita juga akan terpelihara dari yang haram.

Maknanya kalau kita nak bagi duit gaji bulan-bulan kat family kita,mak kita,bapak kita,.kita pun tak ragu2 dan senantiasa rasa cukup dengan apa yang ada.InsyaAllah!

Aku akui,aku sendiri pun tak bagus dalam bab kerja ni.

Sekadar bermuhasabah di petang hari yang mendung dan sejuk,Terengganu kini asyik2 hujan (Rahmat Allah,Subahanallah!).

Renung2kan dan selamat bermuhasabah (ala2 Prof Izi Haji Yahya,hehe)

3.36pm
Taman Kalungan Mas,
Rusila,Marang,Terengganu.

Sunday, December 26, 2010

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2011

Beberapa hari lagi nak habis 2010.Nah ni adalah seperti yang dimaklumkan kat atas,haha..


(Klik Kasi Besar)

Sunday, December 12, 2010

ilmu yang bermanfaat

Salam wbt

Alhamdulillah..ada sedikit kegembiraan yang aku ingin kongsikan,Ilmu Bermanfaat.

Perkataan nih sangat kebiasaan didengari di dalam bacaan doa Ma'thurat yang dibaca pagi dan petang (meskipun adakalanya aku lalai dan jarang2 membacanya),.perkataan "Ilman Naafi'a".

Ilmu bermanfaat yang aku dapat hari ni berupa sebuah pekerjaan yang terpaksa aku lakukannya dalam pada keadaan aku was-was nak menjalankannya.

Ini adalah kerana semasa aku berpraktikal,tahap pendedahan terhadap prosedur kerja ini hanya kira-kira 10 % (kemungkinan besar tahap kelalaian aku adalah tinggi pada masa tu).Masing-masing ada komitmen terhadap kerja and then prioriti utama mereka adalah menyudahkannya dengan lancar tanpa sebarang gangguan we all yang bergelar "budak praktikal".

Tak semua benda "budak praktikal" akan dapat apa yang mereka nak berdasarkan task yang diberi  lebih-lebih lagi dilabel sebagai budak kolej swasta.Wahahaha..it's gonna kill me for the rest of my life (tiba-tiba gua ingat Less Than Jake).

Alhamdulillah,aku panjatkan syukur pada Allah.Selesai sudah apa yang aku runsingkan akan kerja aku dua tiga hari yang lepas.Dengan sedikit usaha,ikhtiar yang ada dari bahan bacaan manual yang dapat kat tempat praktikal,report-report yang lepas.Kekusutan reda seketika.Tunggu hari esok,minggu-minggu seterusnya,.blablabla..

gambar bawah :nek bot en.bakar ke rumah bot

gambar bawah: en.mizi yang hepi dapat nek bot

gambar bawah:aku berlakon amek sampel

gambar bawah: drebar bot yang muda bersama otai2 unit Bakas

gambar bawah: sesi checking barang sebelum berangkat

Catatan : Apa-apa ilmu yang bermanfaat,biarlah orang di sekeliling kita dapat merasanya,.bak kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil - Erti Hidup Pada Memberi.

Kerana setiap manusia kat dunia nih berhak mendapat ilmu yang bermanfaat pada jalan yang betul.Banyak manapun ilmu korang ada,ingatlah,kalau bukan kerana Allah mengilhamkan kat korang,siapa lagi yang berkuasa terhadap ilmunya.Yelah kalau nak dibandingkan Ilmu Allah,.ibarat seluas lautan kat dunia.Ilmu manusia cumalah ibarat cam setitis air yang jatuh dari hujung jarum yang kita celup kat dalam lautan tu.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Thursday, December 9, 2010

tasik kenyir dan e.coli (tajuk lagu baru)

mana2 sungai,tasik,air terjun dan seumpamanya tak lari dari kehadiran bakteria,kuman & etc.datang je researcher,.haha,..habiss,.lala

E.Coli?huhu..hari ni aku kuar g siasat punca yg dikatakan wujudnya menatang halus ni..yang hadir bersama sisa2 yg dikuarkan oleh manusia (apakah itu,adakah ianya kopok lekor?)..

rentetan dari laporan akhbar beberapa hari lalu,.ada la yang terlepas cakap n then jadik isu..yaho0!

 gambar atas : rumah bot serta jamban kechiknya


gambar dibawah :rumah bot tanpa holding tank (antara punca kehadiran bakteria e.coli)


Gambar bawah: yang ni ada holding tank (peratus kemungkinan sangat sikit,"sikt lagi nk himpit kereta saya,"kata jason lo.

Gambar bawah:ni pemandangan kat pengkalan umah bot,.sikit je yang aku g sevey petang tadi,.haha

ahad ni g sampling sama staff opis n orang2 dari negeri,.huhu (buat2 hepi,.padahal nak kena hentam)


Mari-mari,kita baca :

E. coli: Sampel air Tasik Kenyir diuji

Air Tasik Kenyir dicemari bakteria e-coli

Wednesday, December 8, 2010

sebelum tidur

aku merancang untuk esok yang tak pasti

adakalanya ianya tak menjadi

ampuni dosa-dosaku Ya Allah

atas dosa-dosa yang lalu

entah kenapa dengan diri ini..

Astaghfirullah..

Saturday, December 4, 2010

tertinggal

ada sesuatu yang membuatkan aku tertinggal,kurang dan tidak lengkap.


bumi PJ yang aku tinggalkan.


tempat aku mengenal kehidupan-dimana pada tika pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke sana,aku ingin mengejar keseronokan duniawi semata.


entah mengapa kegilaan aku untuk mengejar keseronokan itu tidak berpanjangan.


terima kasih buat yang mengingatkan.


moga kalian terus gagah melangkah di medan yang mulia ini sahabat!


aku "ketinggalan" kerana "meninggalkan"


aku "ditinggalkan" kerana "meninggalkan"


maafkan aku




opis,10.45am
5 Disember 2010

Friday, December 3, 2010

minyak naik rege,yeaa..!!

Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85.


Dalam pada itu harga LPG dan gula akan naik sebanyak 5 sen dan 20 sen sekilo - SUMBER
keadaan di atas memberitahu kepada gua bahawa,kegilaan rakyat Mesia yang berlumba2 mengumpul harta semakin meningkat mulai tika dan saat ini.

tunggu dan lihat.ada apa2 perubahan inform sama gua.

tengah malam,
Taman Kalungan Mas,
Rusila,Marang,
Terengganu Darul Iman

Thursday, December 2, 2010

hari-hari yang pantas

hari-hari pergi kerja,balik kerja.mengulang proses yang sama setiap hari

tiba-tiba gua dapat rasakan masa yang gua lalui setiap hari dibiarkan membazir tanpa manfaat : -
samaada manfaat untuk diri/atau orang di sekeliling.

perasaan kosong menjengah diri gua,meskipun gua dipenuhi kerja-kerja pejabat yang rasmi dan tidak rasmi.

di saat gua punya teman yang boleh dibawa bercakap,tika dan saat ini..adakalanya terlintas di hati,siapakah teman yang setia bakal menemani gua di dalam kubur nanti.saat kematian yang tidak dapat dijangka.

terkadang bila terfikirkan tentang kegilaan/obsesi terhadap harta,aset duniawi..otak kadang tak berfungsi normal kerna nafsu mengawal diri.

adalah sangat berdosa jika diri ini melakukan dosa dalam keadaan mengetahuinya.

ah,gua benci perkataan,"kenapalah...,".

6.20pm
Taman Kalungan Mas
Rusila,Marang
Terengganu Darul Iman