Panduan Kerjaya Jururawat

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Bulan Berkat

Assalamualaikum wbt

Singgah sebentar,post ini merujuk kepada betapa hampirnya kita semua dengan Ramadhan yang bakal menjelma 2-3 hari lagi,andainya ada kesempatan.InsyaAllah :)

Aku masih ingat Ramadhan2 yang lepas,kebanyakannya banyak yang kurang,malah tak berapa mencapai objektif  sangat seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW.Makanya tahun ni,nak cuba lagi buat yang terbaik berbanding tahun2 yang lepas.Yang lepas banyak lagha kot (adeh~)..

Selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelma, :)

Hijjaz - Ramadhan Bulan Berkat


*Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

ulang *

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa


Sunday, July 24, 2011

Jom derma darah

Berlaku di        : Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu
Kira - kira jam : 9.30 am - 12.30 am
Anjuran            : MAKSAK (Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia )

Berikut adalah Penderma Paksa-Rela yang telah terpilih : 


Ang ang ang :)

Che' Mat kite

Ikhwan aka Apa,.hehe

Apek kedai basikal lagi,.haha
 
Ramadhan dah dekat,apa azam gua dan anda semua tahun ni?

Saturday, July 23, 2011

Fariq Izmeer & Inda Najihah - Lagi lagi Walimah ^-^

Assalamualaikum WBT

Hari ni berpeluang ke walimah sahabat saya,yang merupakan skoolmate ketika sekolah rendah,bermula di kelas 2 Hijau,SK Rusila.Dan sehingga kini masih saling keluar sesama time hari raya,beraktiviti bersama-sama kawan kampung meskipun brsekolah menengah di sekolah yang berbeza.(Sangat pening,bukan?,penulisan tidak berilmiah sememangnya begini,hehe..).

Fariq Izmeer nama diberi,bersama zaujah tercinta,Inda Najihah selamat diijabkabulkan kira-kira seminggu yang lepas.Kebiasaannya,walimah di rumah pihak lelaki dalam istilah Terengganu adalah merujuk kepada - Majlis Sambut Menantu.

Sahabat saya,Radzi sentiasa men'imagine'kan suatu keadaan dimana pihak pengantin perempuan akan di baling beramai-ramai ke depan rumah pihak pengantin lelaki dimana pihak pengantin lelaki akan "menyambut" menantu di depan rumah mereka.

Makanya pada hari ini merupakan hari yang sangat bersejarah bagi sahabat-sahabat skoolmate yang datang bertandang ke majlis Fariq setelah berlalunya pernikahan Abdul Rahim pada tahun yang lepas.Siapa pula yang akan menyusul selepas ini? Jeng Jeng Jeng ^-^

Our schoolmate wif the pengantin

;{ D

apek kedai basikal mane ni,.hehe

"Moga Allah memberkati kamu berdua, dan menghimpunkan kamu berdua dlm kebaikan" :)


Friday, July 22, 2011

kucing

Assalamualaikum wbt

Untuk kesekian kalinya aku menekan papan kekunci di blogspot ini,meskipun aku bukan blogger sejati yang 24/7 mngharapkan kesesakan trafik bagi menjana duit lebih.

Ini ceritera yang berlaku di rumah aku,mengenai kucing2 yang berkeliaran di area kawasan rumah.Secara umumnya,family aku tak pernah pun memelihara kucing sebab semua orang kat umah bekerja dan bersekolah.Kalau dibiarkan kat dalam rumah konfem pembuangan sisa yang tidak diingini akan berlaku dan takde sape yang ingin bertanggungjawab meng"clear"kan sisa tersebut.

Akan tetapi rumah aku sememangnya menjadi tempat singgahan atau lepakan kucing-kucing kawasan perumahan kat sini.Stor yang strategik untuk melahirkan zuriat sememangnya menjadi tempat wajib sekiranya ada kelahiran baru anak-anak kucing.

Dan adalah menjadi suatu kebiasaan bagi emak aku bagi makanan lebih kat bawah garage motor sebab kucing kat situ selalu je lepak dan minta makanan time mak aku bukak pintu dapur.

Kucing dan pendarahan

Dan dijadikan satu kisah,pada minggu yang lepas.Salah seekor kucing yang selalu makan kat garage umah aku telah melahirkan 3 ekor anak kat dalam rak kasut emak aku.Makanya,pada hari rabu dimana Hari Keputeraan Agung Sultan Mizan,kami sekeluarga dikejutkan dengan kondisi kucing tersebut mengalami pendarahan yang sangat serius kat bahagian belakang dia dimana ada seperti ketulan panjang macam hotdog tu.Keadaannya sangat tenat dan kucing tersebut terpaksa mengheret kantung yang terkeluar dari bahagian blakangnya itu.

Radzi dan klinik haiwan

Disebabkan rasa kesian,dan kalau bior je nanti,.tak baiklah pulak sebab dah depan mata.Makanya,aku dan member aku telah membawa kucing tersebut ke klinik haiwan swasta kat Batu Buruk sebab vaterinar tutup time cuti am ni.

Sampai je kat sana we all terus bagi kat Dr.Lee yang merupakan owner kat Klinik tersebut.

Surgery dan anesthesia - susah-nak sebut

Dan kucing tersebut ditinggalkan kat klinik tersebut selama dua hari.Aku difahamkan bahawa,bahagian yang terkeluar kat belakang kucing tersebut adalah rahim sebab dia punya ligamen yang memegang bahagian ovari terputus akibat pergaduhan sesama haiwan atau terlalu aktif beraktiviti.Makanya,.bahagian rahim yang telah terkena infeksi jangkitan kuman terpaksa dipotong melalui surgery dan pembiusan.Kucing tersebut pada awal tersedar dari kebiusan akibat surgery dikatakan sangat tenat ,.dan keesokan pagi still bleh bangun,.dan sangat lemah.

Bagi kucing makan pil-pil macam manusia

Ni merupakan antara kerja yang sangat hardcore bagi aku.Setelah dibawa pulang ke rumah,aku kena bagi 5 jenis ubat yang berbentuk pil 2 kali sehari kat kucing tu.Nak bukak mulut dia punya la payah.Last2 aku cari kat youtube :


Kos rawatan

Adalah mencecah rm300 +++,.huhu..
aku redha je,. :)

ni la kucing terbabit,.dan anak-anak dia we all pakai syringe bagi minum susu,.keadaan sangat tenat sekali pandang.



Wallahu 'alam

Wednesday, July 13, 2011

setahun sudah berlalu,.Julai kini kembali..

Assalamualaikum WBT

Sudah lama aku meninggalkan blog.Alasan aku cukup mudah.Melalui hari2 yang meletihkan,berulang alik kira2 80 km ke tempat kerja  (kerja pun ada naik turun dari segi mood,kualiti kerja mahupun kuantiti).Aku rasa cam nak sambung study balik la,huhu.

Hari ni 13 Julai 2011.

Setahun lebih aku meninggalkan Kolej yang dicintai,Mahsa.Meskipun di awal kehadiran aku ke sana pada awalnya banyak mendatangkan cemuhan dari diri sendiri tentang kekurangan dari sudut fasiliti dan enviromennya yang ntah pape.Ianya banyak memberi kejutan tentang lifestyle yang berbeza dengan kehidupan aku masa menjalani kehidupan seorang manusia kat negeri Ganu Kite.Secara tak langsung di awal ketibaan aku disana,aku banyak menjadi "bukan diri aku" yang sebenarnya.(Aku obses dengan The Ramones,tapi style yang ditiru tidak fit dengan badan aku yang gemuk ini,haha). - Konklusi yang tidak bersangkutan dengan subtajuk diatas adalah merujuk kepada tarikh masuk ke Kolej iaitu pada 02 JULAI 2007 hingga hari terakhir we all bergelar student pada 06 JULAI 2010.

c-2-39-Anugerah terhebat Semester 3 - 5

Ianya merupakan hadiah terhebat buat aku meskipun pada mulanya penerimaan aku terhadap roomate sendiri agak hambar.Aku memang pilih bulu dan double standard (Inilah akibatnya bersangka buruk),Astaghfirullah,.ampunilah daku Ya Allah,dan muliakanlah persaudaraan kami atas dasar Ukhuwwah Islam,.AllahuAkbar!

Akan tetapi,sahabat aku ini jugaklah yang banyak membantu aku dalam segenap hal dan hakikatnya kami berkongsi minat yang sama.Minat bermain muzik (jamming dalam bilik),suka makan,.berkongsi kisah pengalaman suka duka sebelum tidur (kata Firdaus,sesi luahan rasa,haha!),..dan

Hadiah yang paling mahal-mungkin jarang sesetengah sahabat@kawan buat kat kita, - mengajak Solat berjemaah setiap 5 kali waktu sehari kat surau.Ini adalah perkara yang luar biasa dan paling best -ianya tak pernah terpikir pun di minda aku semasa first time menjejakkan kaki kat sana.Banyak main2 kot.huhu~

Flashback adalah seperti Filem Labu Labi

Ramadhan 2008 @ c-2-39



06 Julai 2010 - Last day kat Kolej bersama roomate gua,Daus n Husni 

Bilakah akan berjumpa ngan korang lagi?huhu..

Video Tribute khas dari aku,Buat batch 03/7 EH Mahsa




Moga berjumpa lagi ngan korang akan datang,InsyaAllah!