Panduan Kerjaya Jururawat

Saturday, June 25, 2011

apa sudah jadi?

Assalamualaikum WBT

Tiadalah isi yang bermanfaat untuk di share-sharekan dalam blog ini.Sekadar mengisi kekosongan yang telah lama ditinggalkan bersawang setelah banyak kekusutan yang melanda di opis,jalan raya,kenderaan dan macam-macam lagi.

Cash Deposit Machine di Bank Islam

Perihal CDM adalah merujuk kepada akronim tajuk diatas.Semalam iaitu pada 23hbjune2011,bersamaan hari khamis,ketika aku sedang cuba meng-cash-deposit-kan duit ke dalam mesin tersebut,aku didatangi oleh seorang lelaki yang berusia 40-an bersama seorang kanak2 yang berusia kira2 10 tahun (father n son,absolutely).Kendian,berlakulah dialog sebagaiamana ketetapan di bawah  :


Pakcik : adik ni nak minta rm5 ya,.nak bagi tak?(muka sayu,buat2 sedih)
Budak : Ha'ah,.kalau nak bagi rm10 pun takpe,.


aku     : (terpinga-pinga mengeluarkan duit rm1 sebanyak 5 keping,lalu memberi wang tersebut tanpa banyak soal) - dan dalam masa yang sama,sahabat aku yang ada berhampiran dengan mesin tersebut sekadar memerhati tanpa kata.


soalan - adakah aku dipukau?haha.


Mesin ATM Maybank-5 Minit selepas kejadian . . .


Usai saja aku berurusan di Bank Islam,aku bergerak ke Maybank yang jaraknya kira2 300meter diantara kedua-dua bank tersebut.Tiba2 aku memerhati ke arah lelaki dan anaknya yang "berurusan "dengan aku masa kat bank Islam tadi.


Kendian,tanpa melengahkan masa,aku mengeluarkan wallet-seraya dengan itu aku terdengar bunyi riuh suara budak lelaki tersebut mengatakan,"eh,ayah,bukan orang lelaki tadi ke?".


Tanpa rasa bersalah,ketika aku nak mencucuk kad ATM tersebut,berlakulah lagi dialog yang menarik di antara we all bertiga (mood: ding dong ding dong)


budak : abang nak minta duit,rm 10 ada x?
pakcik: ha'ah,.ni bahagian emak dia yang minta. - menyampuk
aku     : takde duit dah ni,.tadi kang dah bagi?takkan nak bagi dua kali kot (niat nak       
              bersedekah dah takde,tibe2 gua rasa panas semacam)
budak: tu ada rm 10 (sambil menuding jari ke arah wallet yang aku tengah pegang)
aku     : ni orang punye tau..


Kendian mike(mereka) blah dan pergi mintak kat orang lain.

Rumusan rambang - mengatakan bahawa anak-anak kalau dah time kecik diajar dengan meminta-minta wang dengan cara mudah tanpa berusaha boleh menjerumuskan diri mereka ke arah aktiviti yang negatif di masa akan datang.

Sebagai contoh,apabila tiba tika dan waktu keadaan yang tidak mengizinkan mereka mendapatkan duit melalui cara meminta-minta - mencuri merompak adalah solusi yang terbaik. - Aku mendoakan mereka agar ada jalan yang terbaik untuk mereka jalani di hari yang akan datang


5 minit akhir di CIMB Bank


Sebaik saja melangkah keluar,Radzi dan Tarmizi yang menungggu kat luar ATM tadi turut sama "diganggu"oleh dua orang Hamba Allah tadi.Kelihatan beberapa orang promoter P1 Wimax sibuk mempromosikan produk kepada orang yang lalu lalang.

Dan pada masa itu,sahabat saya,Radzi juga ingin berurusan dengan CDM CIMB Bank yang bersebelahan dengan Maybank.Seraya dengan itu,kami terlihat Hamba Allah yang "berdua" tadi,juga membawa ahli keluarga mereka yang terdiri adik beradik dan ibu mereka( isteri kepada lelaki tadi)-bergerak secara berkeluarga.


Kami menunggu sehingga mereka beredar dari CIMB Bank dan seterusnya menyudahkan urusan yang tidak kesampaian tadi.


Sesungguhnya,hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang sedang berlaku keatas "keluarga" malang tersebut.


Aku sangat tidak bersetuju dengan cara si ayah mempergunakan anaknya yang masih kecil itu untuk mendapatkan wang dari orang ramai.


Jika dilihat dan diteliti dari segi  fizikal lelaki tersebut -tiada sebarang kecacatan atau kekurangan yang menyebabkan perlunya beliau meminta-minta wang dari orang ramai.


Masih banyak lagi ruang rezeki yang menanti di sebuah bandar Kuala Terengganu yang berstatus "bandaraya???,"-sekiranya ada ikhtiar dan kesanggupan untuk meraih keringat bagi menyara kehidupan anak dan isteri.

Apa sebenarnya yang telah berlaku kat KT sekarang ni???...

Friday, June 17, 2011

kejar harta

Salam WBT,

ramai orang hari ni walaupun dah punya kerja di sektor kerajaan mahupun swasta still berkejar2-kejaran ataupun sedang merancang untuk menjalankan bisnes bagi menambah pendapatan.ianya sering mengganggu fikiran gua yang baru membina kerjaya yang sedikit sebanyak memberi impak yakni kesan sampingan akibat aktiviti2 yang wujud di persekitaran  tempat gua bekerja.dan akhirnya membimbing gua ke arah jalan kemalasan dan ke"sambil-lewaan" yang teramat akibat terlalu lama mengelamun tentang "ketidakcukupan" rezeki yang telah diberikan.adakah gua tergolong dalam hamba-hambanNya yang tidak bersyukur? -Tunjukilah kami ke jalan yang benar,Ya Allah.Banyaknya kekusutan yang melanda.

Sadarkan aku,.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (14:7)
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba..

10.05pm
Taman Kalungan Mas
17/06/2011

Friday, June 10, 2011

Pokok duku kawen?

Assalamualaikum WBT,.

Di dalam entri2 yang lepas,dapat dilihat dalam blog ini pos2 berkaitan dengan member2 gua kawen.Kali ini aku akan tunjukkan gambar pokok duku "kawen" dimana kedua - dua pokok yang tumbuh berhampiran bercantum antara satu sama lain seperti gambar yang kat bawah.Lokasi terletak di kawasan operasi tempat gua bekerja,Klinik Kesihatan Telemong,Hulu Terengganu.


Subahanallah,cantik kan?sama2 kita mentadabbur ciptaanNya sebagai salah satu penghayatan kita terhadap segala makhluk di sekeliling kita agar kita sentiasa berfikir akan kebesaran Allah SWT.

^-^

apa yang perlu saya/anda/korang/y'all patut tahu pasal ASB/ASN?

Seperti yang kita tahu,ASB/ASN merupakan satu tempat simpanan/pelaburan yang menjadi pilihan bagi mereka yang bekerja government mahupun non government sekalipun.

Hatta, mak ngan bapak kat kampung juga turut brpesan kepada anak diorang yang bekerja di rantauan, - "Amat,nanti kalau dapat gaji,simpan la kat ASB sikt,.Tabung Haji sikit,".

Semakin hari,seiring dengan pertumbuhan pemikiran yang lebih ke arah kedewasaan ini,makin banyak di kalangan anak muda yang merajinkan diri merujuk fatwa2 ilmuwan faqih dari segi muamalat dan perbankan,bagi memastikan depa mendapat hasil yang halal untuk anak isteri di masa akan datang.(Ayat berbelit2,dilarang membuat karangan bahasa melayu seperti ini).

Sebagai contoh,-TERIMALAH WALAU MACAMANE PAHIT SEKALIPUN,.hehe..


KLIK KASI BESAR

Wednesday, June 8, 2011

roomate gua kawen!

Assalamualaikum WBT

Akhirnya terbukak jugak blog ni semata2 nak mengisi kekosongan pos yang telah lama kosong disesawang lelabah ni.

Sempat gak ambe menjenguk sahabat kolej merangkap roomate di hostel Mahsa dulu,Abdul Husni Mubarak yang melangsungkan akad nikah pada 03/06/2011 di Pasir Mas,Kelantan dengan pasangannya,Rosmawati.

Barakallahu lakuma wabaraka a'laikuma wajamaa' bainakuma fi khair!

Ambe bersama JKK (Daus),Radzi Photoghraper dan juga pemandu R3,En. Zahiruddin sangat berbesar hati dapat mengiringi family Husni bagi turut sama mengiringi beliau ke majlis tersebut.









Sekian saja,.Wassalam,. :)