Panduan Kerjaya Jururawat

Friday, June 8, 2012

Layakkah kita diuji?

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)".- (29:2) 
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".- (29:3)
Semalam aku dapat SMS daripada seorang sahabat dari KL,memberitahu bahawa salah seorang sahabat kami ditimpa musibah pada hari rabu yang lepas.Aku dimaklumkan bahawa rumahnya telah dipecah masuk oleh perompak & syukur beliau & isterinya tidak mendapat sebarang kecederaan,hanya melibatkan kehilangan sebilangan besar hartabenda.


Agak memeranjatkan juga dengan apa yang berlaku ke atas beliau,memandangkan malam sebelum kejadian aku ada menghantar sms bertanyakan tentang satu soalan.Walaupun lewat dihantar akan jawapannya,dimana kejadian tersebut telah berlaku- keadaannya tetap seperti biasa seolah2 tiada apa2 yang berlaku.Bersahaja.


Pagi semalam setelah mendapat tahu akan berita tersebut,aku menghantar sms mengucapkan takziah.Responnya di balas dalam keadaan tenang dimana dalam keadaan diuji sebegitu pun masih bersangka baik dengan Allah SWT.


WAHAI DIRI! BEGINILAH SEHARUSNYA AKU!


Bersangka baiklah dengan Allah dalam setiap perkara yang berlaku keatas kita.Kerana kita ini dimiliki olehNya.Maka sesungguhnya sememangnya kita ini sentiasa berada dalam keadaan layak diuji oleh Allah Azzawajalla!


09/06/2012@1.12pm
TamanKalungan Mas@rumahgua




(Sumber :Nasyidfm)

Friday, June 1, 2012

BM

Assalamua'laikum

Setiap kali gua masuk belog ni,satu  pernyataan perkataan yang biasa gua tulis adalah - aku tak tahu nak tulis apa,blog bersawang dan blablabla,..perkara tersebut juga ditulis semasa gua menulis di blog lama- amatxkesah.blogspot.com,.haha..

Kebelakangan ini,entahlah kenapa gua asyik memikirkan tentang BM (bukan bahasa melayu) ,.kalau dikalangan mereka2 yang aktif dalam gerakan usrah dan sebagainya ,ianya akronim bagi perkataan Baitul Muslim - pembinaan keluarga muslim.

Tapi sekarang orang2 awam pun dah mula pakai istilah ni.Menandakan bahawa orang2 kita dah mula alert tentang pentingnya agama dalam kehidupan - semua nak islam (busana muslimah,bank- nak yang shariah compliment ,etc).Dan masing2 kalau musykil bab agama dah tak segan2 nak bertanya kat mereka2 yang fuqaha dalam hal2 yang berkaitan.

Minggu lepas,rutin balik kerja drive dalam lebih kurang 40 minit dari opis,.sampai kat rumah kira2 jam 6 petang macam tula.Gua macam biasa akan ke dapur - makan nasik.Kendian mak gua datang lepak skali dan bertanya tentang kerja.Tiba2 gua membuka topik pasal kenduri kendara aka walimah sepanjang cuti sekolah :
Gua : Cuti sekolah datang lagi , banyak la Mat dapat jemputan walimah dari kawan2 satu sekolah ..paling jauh kat Perak Johor ngan Selangor 
Emak : oh,nak pergi ke jauh2 tu?yang kahwin tu umur berapa? 
Gua: Lol,sebaya la umur 24 tahun 
Emak : oh,.kalau lelaki 24 tahun muda lagi,.kalau perempuan memang patut kawin la yang umur 24 tu . . . 
Gua : (tiba2 memetik Gibson SG- lonely day : sadis sekali!)
Tiba2 gua rasa kosong , kosong , ..entahlah,umur gua sudah 24 tahun dan sepanjang usia gua ini tidak pernah terlintas di mata kepala gua untuk mengurat,berkapel dsbnya.

Gua berkira2 sambil bermonolog dengan dinding,siapalah yang sudi menguruskan hal ehwal berkenaan jodoh gua.Siapa peduli.(Cis,buat ayat sedih,.hehe..).Emak aku macam tak supportive langsung (EMAK,SILA BACA BLOG SAYA,HEHE).Sahabat2 pun dah ada yang bertanya dan mendesak supaya mencari jodoh,katanya jodoh takkan datang bergolek,.wakaka~

Korang tunggu dan lihat,.ada rezeki adalah.InshaAllah.Doakan aku! :)


Rasa cambest tengok family Dr.Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha-Sebarkan bahagia! :)