Panduan Kerjaya Jururawat

Friday, June 8, 2012

Layakkah kita diuji?

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)".- (29:2) 
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".- (29:3)
Semalam aku dapat SMS daripada seorang sahabat dari KL,memberitahu bahawa salah seorang sahabat kami ditimpa musibah pada hari rabu yang lepas.Aku dimaklumkan bahawa rumahnya telah dipecah masuk oleh perompak & syukur beliau & isterinya tidak mendapat sebarang kecederaan,hanya melibatkan kehilangan sebilangan besar hartabenda.


Agak memeranjatkan juga dengan apa yang berlaku ke atas beliau,memandangkan malam sebelum kejadian aku ada menghantar sms bertanyakan tentang satu soalan.Walaupun lewat dihantar akan jawapannya,dimana kejadian tersebut telah berlaku- keadaannya tetap seperti biasa seolah2 tiada apa2 yang berlaku.Bersahaja.


Pagi semalam setelah mendapat tahu akan berita tersebut,aku menghantar sms mengucapkan takziah.Responnya di balas dalam keadaan tenang dimana dalam keadaan diuji sebegitu pun masih bersangka baik dengan Allah SWT.


WAHAI DIRI! BEGINILAH SEHARUSNYA AKU!


Bersangka baiklah dengan Allah dalam setiap perkara yang berlaku keatas kita.Kerana kita ini dimiliki olehNya.Maka sesungguhnya sememangnya kita ini sentiasa berada dalam keadaan layak diuji oleh Allah Azzawajalla!


09/06/2012@1.12pm
TamanKalungan Mas@rumahgua




(Sumber :Nasyidfm)

No comments:

Post a Comment