Panduan Kerjaya Jururawat

Monday, May 30, 2011

Dinar Emas Kelantan

Last Updated,28 May 2011 @12.00 am - World Islamic Mint


Chart yang menarik.Rasanya dah boleh mencuba beli sekeping kot? ^-^

Sunday, May 29, 2011

Walimah ... Walimah, ^_^

Assalamualaikum WBT

Alhamduillah,baru sahaja usai menghadiri Walimah Abang Ismail dan Zaujah tercinta.Moga Bm yang dibina mendapat keberkatan dari Allah SWT & mudah-mudahan dapat melahirkan zuriat yang Soleh dan Solehah seterusnya menyambung Wasilah Tarbiyyah perjuangan Rasulullah SAW di jalan dakwah ini.Amin.

3 hari tanpa henti,bergerak dari KT-KL-N9-Melaka akhirnya menemukan kami dengan beberapa sahabat Ikhwah yang membimbing kami semasa di Kolej Mahsa suatu ketika masa dulu.Abang Hazli,Dr.Salahudin,Akh Fadzli,Akh Salam,Abang Naza dan juga adik2 junior Mahsa yang menghadirkan diri ke walimah tersebut.Alhamdulillah!




 Dr.Salahudin ngan Abang Hazli,khusyuk tu.. :)




 Ustaz bile lagi???hehe...


Hisyam,aka pengiring

Tarikh:27&28 Mei 2011
Lokasi: Bemban,Jasin-Melaka

4hb Jun 2011,Abdul Husni Mubarak,sahabat yang juga merupakan Roomate di Kolej suatu ketika dulu bakal melangsungkan akad nikah.Selamat tinggal persatuan single mingle,hehe..Teringat zaman2 berprogram sesama dalam Karisma dulu,huhu..

Barakallah! ^-^

Sunday, May 22, 2011

Seminar Pelaburan Emas

Seminar bersama Bro Syukor Hasyim,admin jutawanemas.com

Dapat jugak info berguna untuk beginner mcm we all semua ni.Penekanan lebih kepada camne nak jadi agen public gold dan berbisnes emas-emasan.

Tarikh : 21hb Mei 2011
Masa:830pm
Kat :Pejabat Public Gold,KT.






Firstly aku nak minta maaf kat kawan2 yang rasa cam "aku sengaja taknak ajak korang" pergi kat seminar tu.Walhal 2 minggu yang lepas aku dah tanya,nak pergi ke tak-tapi takde yang mesej aku tanya bila program tersebut dijadualkan bermula.Makanya aku considered yang takde bertanya tu sebagai tak berminat.

Wallahu'alam.
:)



aku suka makan

Assalamualaikum wbt ...

(menaip penuh perkataan salam mengingatkan aku kepada en.zahiruddin mohd zaki-walaupun ber"sms",still taip penuh untuk ucapan salam.gua salute lu bro!,hehe!)

3 minggu lepas,aku terpilih join program kursus pengurusan badan (cabaran 10% menurunkan berat badan) anjuran jabatan aku.majoriti peserta adalah terdiri daripada mereka2 yang obes meskipun we all berada di "daerah" warga kesihatan (sihat ke we all ni?,huh!?).

dan masa kat seminar tu barulah gua perasan selepas perkiraan BMI dibuat,makanya BMI gua adalah 38 dan berat gua adalah 109.2kg,muahaha! itu adalah sangat gila. Jumlah perkiraan normal BMI yang normal adalah 25 kalau tak silap aku.apa nak jadi ngan kau budak gemuk?huhu~

hasil dari analisis rambang gua mendapati bahawa,.salah satu faktor dan punca ke"obes"an gua adalah disebabkan makan tanpa henti dari pagi hingga ke lewat malam.

memang gua akui,sejak kebelakangan ni,didatangi rasa cam sakit2 kat dada dekat area jantung(tapi aku tak minta la sakit2 jantung ni wei) dan kejadian ni bermula kira2 awal tahun hari tu.

so,atas kesedaran yang lewat hari pada hari gua menyertai seminar tersebut,gua balik rumah dan menghisab diri gua-adakah aku akan mati awal?huh!

antara tindakan yang telah gua ambil selepas seminar tersebut adalah seperti berikut :
  1. men badminton selang dua hari satu kali (lam 3 kali seminggu)-2 jam setiap sesi
  2. xmakan malam (siang aku still makan cam biasa,cuma kurangkan sikit-biasa tengahari aku melantak 2 pinggan nasi,skang dah sepinggan je,haha!)
  3. berjalan 10,000 langkah kat taman batu buruk seminggu sekali sambil layan 5 album lifehouse kt mp3
  4. minum air suam
  5. aku dah tak tau dah.lalala
jadi,2-3 hari lepas aku g timbang kat mesin penimbang, dan mendapati - 106.5kg,.quite gud for a beginner like me.sebab aku still xdapat  nak kawal nafsu kalau tengok nasik,haha..kalau budu+ikan panggang=balik awal terus la aku.wakaka..

skang ni aku ngah kaji pasal BMR (basal metabolic rate),.baca2 bab kalori dan cara pengambilan makan seimbang.huh,.macam nk study untuk peksa la pulok,.ke guane?


Wednesday, May 11, 2011

Pasif Income

Entah la,kenapa kebelakangan ni aku asyik terfikir tentang emas yang berbentuk fizikal dan aku teringin nak memegangnya.Aku tak terfikir untuk melabur atau apa,tapi sekadar nak menyimpannya sebagai aset dan dalam masa yang sama dapat pendapatan pasif meskipun mengambil "sedikit masa".Ianya lebih baik dari melabur di asb dimana ntah apakebende yang dilaburkan.haha!

Aku obses membaca bahan2 bacaan berkaitan emas,menceroboh dan menyelongkar masuk ke blog bagi mengetahui tentang emas apa yang aku perlu beli,kat mana nak beli,berapa nilai susut,nak simpan kat mana dan macam2 lah.Aku memang bercadang nak beli lah sangat benda2 ni sementara aku masih single dan bujang.Dan bila masa sampai dah ke waktu nak kawin,..zasss,.aku kuarkan untuk keje2 kawin ni,.wakaka...(aku syok sendiri).

Banyak kelebihan2 yang kita dapat hasil daripada menyimpan emas fizikal ni.Aku ada tertengok buku ni,yang macam kat bawah ni,.huhu~


Tibe2 aku rasa cambest je,.woho0!