Panduan Kerjaya Jururawat

Wednesday, February 13, 2013

Mouse Love Rice

Salam a'laik

Lama aku tak menulis (ye sabab aku malas).

Tajuk kat atas sebenarnya merujuk kepada lagu cina yang di versikan dalam bahasa inggeris (oh my english!).Aku rasa best jugak lagu dia.Tapi ni bukan la masa untuk aku bercerita tentang lagu2 ni.

Fobia-Nak-Makan-Nasi
 
Ha'ah,ramai je member2 aku yang nak diet mengenepikan nasi,sebab katanya nasi menggemukkan.Haha,aku juga pernah menjadi mangsa penipuan dari konspirasi terancang ini.Ye,sepanjang 5 bulan yang lalu aku still makan nasi tapi dah berjaya membuang sebanyak 21kg bermula Ogos 2012 sehingga awal bulan Februari 2013.Semuanya tentang kalori yang kita ambil,bukan sebab makan  nasi.Nasi tidak bersalah dalam hal ini ok.SEMUANYA TENTANG KALORI.HAHA!

Masing2 bercerita tentang Atkin Diet & aku rasa adalah tidak adil bila kita mengenepikan sumber makronutrien yang diperlukan oleh badan terutamanya carbo sebab,sejak bila pula ahli-ahli sains begitu faham tentang badan manusia yang berbeza-beza kan?semuanya tentang jumlah pengambilan dan kuantiti,itu yang sebenarnya.

Ko tak makan nasik seolah2 menafikan hak firah sebagai manusia yang sememangnya memerlukan karbo untuk diri ko sendiri (aku menulis ke apa ni?).Adakah Allah menjadikan sesuatu benda itu (merujuk kepada Nasi) sebagai benda yang sia2.Tidak bukan?.Yang pentingya ilmu mengenai cara pemakanan yang seimbang


Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (2:172)

Kesimpulannya,adalah merujuk kepada gambar di bawah (kredit kepada Jo Lynn - Lean Pumpkin :aku amek gambar kat pesbuk hang,hihihi) .