Panduan Kerjaya Jururawat

Friday, February 27, 2015

ETA, tempahan berdiskaun,Islamic gold programme- apa khabar?

Lama xmencoret.

Sepanjang 2014,banyak pahit manis.

Kalau korang perasaan,blog ni macam setahun sekali je update.Mungkin blogspot dah tak relevan seperti tahun2 yang sebelumnya.Semua pakai buka facebook, berniaga pun dalam facebook.

Sepanjang tahun 2014,perkara yg paling dikesalkan adalah menyertai illegal investment, scam investment yang sedang top,emas-lantas mengenepikan apa yg dilarang syarak,mengenepikan hukum.yang haram dihalalkan.

Cukuplah sampai disini,teguran dari Allah Taala petanda bahawa tiada keberkatan dalam urusniaga meskipun wujudkan ustaz yang dikatakan faqih dalam ilmu muamalah kewangan islam yang menghalalkan jual beli bertangguh yg diistilahkan bai al salam.

Estimated time arrival ETA sebenarnya adalah emas tak ada.Wujudnya syarikat pelaburan emas bagaikan cendawan yang tumbuh  selepas hujan, adakalanya sekolah memberitahu petanda bahawa permainan ini sampai sudah ke penghujungnya.Tempahan berdiskaun, Islamic gold programme, sanggup memperjudikan agama,dunia sudah hampir ke penghujungnya.

Tok Belagak mana?Darul Emas Perak Berhad gah, segah pengasasnya.Mana Khazanah Bangsa? KJ terumbang ambing, sepi.Firh Gold Trading hilang entah ke mana.

Pelan recovery tinggal nama.Duit pelaburan tinggal kenangan.Berpecah belah keluarga,putus silaturrahim sesama saudara dan sahabat handai.

Selamat tinggal dunia.