Panduan Kerjaya Jururawat

Monday, February 7, 2011

TRG>KLNTN>PRK>KDH>PNG>KDH>KLNTN>TRG

Oh,abaikan sahaja singkatan perkataan di atas.Ianya tiada unsur2 ilmiah bagi mereka2 yang cintakan bahasa.Ianya singkatan yang biasa dilihat pada tiket flight yang terbang merata2 tempat domestik seluruh semenanjung Malaysia demi menjimatkan penggunaan kertas.Save Trees (aku merapu,haha)

3/2/11-6/2/11-aku melihat permusafiran ini sebagai suatu titik tolak permulaan kedewasaan yang sekian lama aku abaikan.Antara objektif yang ingin dicapai adalah sebenar sasarannya ^_^
  • Kenduri Walimah Shima & suami di Teluk Intan (5/2/11)-member ILP
  • Walimah Aida & Shauqi di Jitra,Kedah (5/2/11)-member Kolej
  • Ziarah Boy kat Ipoh,berkumpul ngan geng2 ILP di rumah beliau.Antara yang menghappeningkan kepeningan kepala adalah Yazid,Zack,Mi,Zul dan team dari Terengganu sendiri dibawah transportasi aku,(Annas,Apa & Din).
  • Mentadabbur keindahan ciptaan Illahi di air terjun kat Bidor.
  • Ziarah Muaz di Kulim,member kolej gua.
  • Jalan2 kat Penang,sambil membeli dan membelah duit yang dicucuk dari bank.Anas paling banyak borong jeruk,.bisnesman siot.
  • DLL (Karangan ini di reject,haha)
Sebenarnya banyak gak aktiviti sampingan yang lain sepanjang empat hari bermusafir di bumi utara (bahang lagho kot,haha).Banyak sangat list,makanya aku ini boleh dikategorikan sebagai orang yang malas.Bukan blogger sejati,suka2 bai!~

Antara pengisian menarik pengakhiran permusafiran ini,adalah semasa titik terakhir perpisahan adalah di rumah saudara Muaz.Sempat gak we all mendengar kata2 nasihat yang boleh dilabelkan sebagai tazkirah yang gua anggap sebagai "Tazkiyatun Nafs" aka Penyucian Jiwa oleh bapa beliau tentang Ikhlas.Ikhlas dalam bekerja.Bagaimana  mengaplikasikan Ikhlas itu dalam sebuah kehidupan,dalam sebuah pekerjaan serta kesan2 terhadap orang sekeliling yang mempunyai pertalian dengan kita.Ikhlas,sejauh manakah gua ikhlas dalam bekerja.Trimas Pakcik :)



Catatan:Banyak lagi gambar,tapi malas upload,.hehe~

12.00am
8/2/11

No comments:

Post a Comment