Panduan Kerjaya Jururawat

Tuesday, February 1, 2011

Ketua,Pemimpin.Bla2..

Salam wbt

Lama giler tak update.Dah 2 bulan..
Sedar tak sedar aku dah masuk 3 bulan bekerja dan diberi amanah sebagai penyelia-untuk menyelia anak2 buah yang terdiri dari 15 orang.Ianya sungguh dahsyat.Kerana perbezaan umur aku yang ketara jauh berbeza dari diorang.Komunikasi dah habis "jaga" dah tu.Tapi cam tak berjaya.

Walaupun aku tak meletakkan diri aku sebagai pemimpin yang tertinggi seperti PM,ada beberapa perkara yang perlu kita tahu setelah kita diberi amanah,tugas dan tanggungjawab untuk menjaga orang di bawah kita,jom kita renungi hadis Rasulullah S.a.w:

"Setiap seorang dari kamu adalah pengawal (pemimpin) yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya (orang di bawah peliharaannya). Seorang lelaki adalah sebagai pelindung kepada ahli rumahnya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya, begitu juga seorang khadam pemelihara harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya." ( Al-Bukhari )

Adakalanya aku cam dah takde mood nak duk unit ni,tapi terpaksa la bertahan dalam setahun dua ni.Moga Allah memudahkan kerja ngan urusan yang dipertanggungjawabkan.

Macam ada sesuatu yang kurang.

Kata salah sorang member kat Fesbuk,-Apa2hal kalau ada masalah,problem,.mintalah pertolongan dari Allah,.sure dia bagi,.hu,.mantop la.Aku biasa2 je.Doakan aku kat sini.Esok g keje.

1/1/2011
1138PM
Taman Kalungan Mas

***********************************************************************************
PROTES MASIH BERLANGSUNG DI MESIR,MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN MEREKA,.


BIKIYA MISRA!

No comments:

Post a Comment