Panduan Kerjaya Jururawat

Sunday, February 13, 2011

Menghadiri Seminar

Salam WBT

Syukur sangat2 kerna berpeluang join program Seminar Pemikiran Hassan Al- Banna pada 12 Februari 2011.Lama dah tak join program2 besar camni sejak pulang dari PJ sejak setahun yang lalu.Terima kasih buat Pakcik Shamsuddin dan Akh Fahzan yang ajak join program ni.

12 Februari 2011
-Tarikh berakhirnya pemerintahan Diktator Husni Mubarak di bumi Mesir
12 Februari 1949
- Tarikh syahidnya pengasas IM,As-Syahid Imam Hassan Al- Banna
Tarikh yang akan diingati dan menjadi sejarah buat umat islam seluruh dunia!

Antara pengisian seminar ialah Sejarah Perjuangan IHAB,Manhaj dakwah IM,masa depan dakwah Ikram di Malaysia serta sesi dialog bersama Presiden Ikram.

Serius,banyak benda yang aku tak tahu.Melihat aktivis2 kampus yang bersemangat sepanjang sesi seminar,medan mereka tampak luas dan mereka "faham" berbanding dengan aku yang still teraba2.Moga Allah mempermudahkan urusan mereka.Amin.

Jumpa Sahabat Lama

Semasa bersembang dengan Akh Rosmidin,time berkemas nak balik dari seminar,ada dua pemuda datang menegur beliau.Aku perasan yang salah seorang dari pemuda tersebut macam pernah aku kenal di mana2.

Aku memegang bahunya,seraya menegur,"Hasan!,"Nampaknya dia tak kenal aku.Aku cuba mengingatkannya kembali.Kami pernah belajar mengaji bersama di salah satu Pusat Iqra di Pasir Panjang.Dan ibunya merupakan rakan sekerja mama aku kat di salah sebuah sekolah menengah di Marang.Sempat juga aku mengambil nombor fon beliau.Rupa2nya ,dia juga merupakan salah seorang penggerak di Uitm Dungun.Alhamdulillah!
1149pm
kat rumah

No comments:

Post a Comment