Panduan Kerjaya Jururawat

Tuesday, February 15, 2011

Salawatan sempena Maulidur Rasul di Kongsi Istana

Salam WBT

Alhamdulillah,semalam 15hb Februari,bersamaan hari Selasa,aku berpeluang menyertai penghuni kongsi tapak binaan Istana di belakang Uitm Chendering menyertai sambutan Maulidur Rasul dan juga perasmian Musolla baru yang siap dibina.

Pihak majikan pekerja binaan di situ juga bermurah hati memberi sedeqah berupa 2 ekor lembu yang sangat besar sempena sambutan hari Maulidur Rasul di kongsi berkenaan.

Dan aku juga berbesar hati ikut sama program berkenaan atas jemputan saudara Anas Abdullah yang juga merupakan site supervisor kat kompeni yang menguruskan pekerja2 binaan kat situ.Ini merupakan satu event yang sangat luar biasa sambutannya,kerana ianya melibatkan dua bangsa yang berbeza,iaitu warga Indonesia dan juga Bangladesh,tetapi berdiri di atas satu Aqidah yang sama iaitu Islam.Allahu Akbar!

So dari situ dapatlah aku merasa dua jenis masakan yang berbeza pada hari tersebut, disamping mengetahui sedikit sebanyak mengenai budaya dey all.Aku tertarik dengan penyampaian selawat Nabi yang telah mereka perdengarkan secara berjamaah usai solat Zuhur.Ianya memang sangat berbeza dengan budaya kita di Malaysia
.
Yuk,mari Salawatan! ^-^

Tambahan lagi,aku juga pernah bekerja sebagai buruh kasar di tapak binaan ni kira2 dua bulan jugak la selepas habis kolej tahun lepas dan punya ramai kenalan dari kalangan warga Indonesia dan Bangladesh kat situ ,huhu~

Jadi ,aktiviti semalam bermula kira2 jam 730 pagi dimana aku ngan anas terlebih dahulu mengambil Ustaz Yaden di rumahnya untuk sama2 membantu menyembelih dua ekor lembu tersebut.Meh kita tengok gambar2 yang dipaparkan kat bawah. ^_^


Lembu yang bakal ditumbangkan

Ustaz Yaden bermesra dengan salah sorang warga Kongsi



Lapah daging berjamaah



Wak Ali,hero dari Surabaya

Kaum wanita yang sedang menyediakan bahan masakan





Ulum,team buat wall dengan aku masa kerja dulu,.hehe.. ^-^

Nak masak beriyani!

Wak Ali dan isteri,.listkan barang2 yang tak cukup,. :)

Daging untuk beriyani,.masyuk woo0~

Hok ni eksyen je paceros~

Abang Siling Kapor!

Aku buat sate sambil makan,hehe~


Anas dan Pak Kiyai,belajar memasak..


Ready untuk Salawatan usai Solat Zuhur berjamaah!







Geng2 Pak Kiyai,.Ustaz Ghofur..


Ayuh!Salawatan buat junjungan besar,Nabi Muhammad SAW ^_^




Konklusinya,ni merupakan event yang sangat menarik pernah aku join.Sekurang2nya,dapat gak ilmu ngan pengalaman berguna,menyedarkan kepada aku bahawa bukan melayu je Islam.Islam untuk semua,tak kira bangsa,warna kulit.Sekiranya seseorang itu,mengucap kalimah Toyyibah,yakni Syahadah,.mereka adalah saudara seagama kita yang perlu kita hormati hak2 mereka sebagai orang Muslim.


Ayuh kita renungi sama2 Firman Allah SWT sebagai ingatan dan muhasabah buat diri kita sendiri :

"Wahai umat manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"(Al-Hujurat:13)

Jadi marilah kita sesama umat Islam sama2 mengingati dan menginsafi perjuangan Nabi Muhammad SAW yang telah memberi rahmat kepada sekelian alam,sehingga tika dan saat ini,kita dapat merasa nikmat Islam dan Iman,meskipun kita ini sentiasa lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai umatnya.Bukan sekadar berarak je.


Salam Maulidur Rasul buat Umat Muhammad!

Moga kalian sentiasa berada dalam rahmatNya..

Mudah2han kita tergolong dalam golongannya yang mendapat syafaat di akhirat kelak,

InsyaAllah!


12.02am
17/2/11
kat umah.

No comments:

Post a Comment