Panduan Kerjaya Jururawat

Friday, February 11, 2011

Oh Kerja! - Rokok Cintan dan Gotong-Royong

Assalamualaikum WBT,
Bersama dengan saya Dr. Fadilah Kam....
Hehe~

Walaupun aku di tugaskan di dalam unit lain,adakalanya di fleksibelkan mengikut keperluan semasa.Keadaan itulah yang mengheret daku kepada Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pada hari Rabu yang lepas.Dah lama tak join ops cenggini sejak meninggalkan zaman berpraktikal di PKD Dungun bersama Pok Sop,En. Wan Rafi,Pok Lan,Zul Drebar,Mi Drebar &PPKP2 yang len.Huhu~
Aku sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal rokok,tetapi intipati utama penulisan kali ini adalah merujuk kepada CINTAN!

Cinta gila grey sky morning pun bukan jugak.Ceritanya bermula pada menjalankan kuasa di bawah PPKHT di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di KT.Setibanya we all ke sana,terdapat sebilangan pekerja kontrak kebersihan yang berusia 20-an sedang melepak di kawasan larangan merokok dengan penuh bergaya tanpa menghiraukan pengunjung yang lalu lalang.Dan tanpa segan silu,salah seorang daripada mereka menghisap rokok,meskipun dalam pada masa yang sama,papan tanda larangan merokok terang-terangan melekat di wall pintu masuk airport tersebut.


Salah seorang daripada kami memperkenalkan diri lalu menjalankan prosedur yang berkenaan dan seterusnya mengeluarkan notis kompoun kepada pesalah terbabit.

Dan beberapa minit kemudian,muncul dua orang gadis yang datang ke arah we all kononnya ingin "membackup" lelaki tersebut dengan tanpa segan silu membebel ke arah we all.Kononnya we all ni tak adil,ramai lagi kat luar sana hisap rokok blablabla...(keadaan agak tegang time tu).Tapi we all buat tak tau je.

Usai sahaja ops tersebut,kami keluar dari kawasan terbabit dan menuju ke arah kenderaan.Dan dalam masa yang sama,ada sekumpulan dari kalangan pekerja kontrak kebersihan tersebut yang terdiri dari mereka yang berumur 18-20an mengejek we all.

Dan "Gelifriend" mamat yang kena saman tadi menangis,mengenangkan nasib "Buaya Friend"nya yang kena saman tadi sambil tanpa henti membebel kat we all.Come on-lah!,macam ko dah kawin pun.Cinta sejati konon.Budak-budak!

Gotong-royong di Klinik Desa Padang Setar

10/2/2011,Suatu gotong royong di adakan di Klinik Desa Padang Setar anjuran Unit BAKAS PKD Hulu Terengganu.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua petugas Unit Bakas dan Warga KD Padang Setar yang menjayakan aktiviti ini.Turut menjayakan aktiviti ini adalah beberapa orang kampung berhampiran yang datang menebang pokok sawit yang gedabak besar+tua+keras dengan Chainsaw yang dipinjamkan. Syukran!

Tebang Pokok Pisang ^_^




 Ops Potong Pokok Sawit, ^_^



Akhirnya tumbang gak setelah sekian lama menjadi tumpangan tikus ngan ular!


Ni la buah sawit :)

Land Rover Bakas


Hilangkan dahaga,minum air kelapa muda!


 Rehat,makan2 dulu . .


Catatan:Lama mana lagi aku kat unit ni?haha..

1248am
kat umah

No comments:

Post a Comment