Panduan Kerjaya Jururawat

Monday, December 31, 2012

hujung 2012

Salam a'laik

Dalam setengah jam lagi makanya berakhirlah tahun 2012.Aku baru jer pulang dari opis,melalui gelap pekat malam -jalan2 kampung sepanjang jalan dari Ajil-Temala-Pengkalan Berangan-Marang.

Dikejutkan dengan hujan lebat yang tak henti pagi tadi,makanya,pusat penempatan banjir dibuka buat kali keduanya selepas 29hb lalu secara rasminya jabatn kami mengisytiharkan bencana sudah berakhir.Isnin,hari ini sebagaimana 24 hb yang lepas bermulanya banjir.Itu bukan salah takdir,sekadar retorik penutup hari akhir ke tahun masihi baru -2013.

Masakan tidak,malam ini di bandar tempat aku mencurah bakti,disinilah berlangsungnya tika dan saat ini majlis pesta keramaian menyambut tahun baru dengan kehadiran artis2 yang tiada langsung ku kenali (aku cuma kenal soundgarden sahaja).

Banjir seakan2 sinonim dengan pengakhiran tahun,memberitahu kepada kami inilah monsun yang senantiasa seakan tidak sabar datang menerpa - menjenguk ke pelusuk daerah di negeri pantai timur.

Woah! aku rindukan malam tahun baru seperti tahun yang lepas - menaiki Volkswagen Combi bersama2 sahabat -memberi ruang untuk telinga menadah nasihat dari ulama - tiada kelalaian,ilmu dicurah bagai tiada apa yang dapat diganti dengan dunia dan seiisinya! (We love U UAI!).Maaf aku xdapat hadir.

Di tengah2 pusat kota bersebelahan dengan kota utama yang paling sibuk - kami menaut ukhuwwah serta mahabbah di sebalik pertemuan yang sangat singkat.Tapi berbekas dalamnya kecintaan kami terhadapmu Ya Ilah,Ya Rasul! - Moga kekal mewangi ke Jannah!.InshaAllah!

Dari rumah,usai meredah hujan.Jari jemari menaip,Allah - hanya ini mampu ku kongsi,dari hati yang kosong.Ya,ini alasan.Titik.

 ( 01 Januari 2012 : Masjid Uitm Shah Alam )


1140pm
31.12.2012
Taman Kalungan Mas,Rusila

Saturday, December 29, 2012

Teknik Bakar Lemak Pantas

Salam a'laik 

Sekadar berkongsi mengenai ebook keluaran terbaru sahabat saya mengenai cara menguruskan berat badan yang berkesan - istimewa daripada En.Hafiz Wasa.

Jujur saya katakan,banyak ilmu yang bermanfaat yang dikongsikan oleh beliau kepada saya sejak beberapa bulan yang lalu melalui hasil kajian yang telah dijalankan melalui proses pembacaan dan bagaimana beliau sendiri meng"apply" teknik-teknik tersebut kedalam kehidupan beliau sendiri.Dan keputusannya amat mengagumkan saya. 

Saya yang gemuk,haha!

Saya sendiri telah mengikuti tips2 yang telah diberikan oleh beliau sendiri dan banyak input yang berguna beliau kongsikan.Malahan saya juga telah berjaya mengurangkan berat badan saya lebih kurang dalam 13kg (bermula pada Jun-November 2012).Nak tahu bagaimana?dapatkan Ebook beliau sebagaimana yang tertera kat bawah,Selamat Maju Jaya!



atapun 



Nota kaki  - Aku sendiri pun nak tergelak tengok gambar aku yang kat dalam web tu,macam apek   kedai basikal,.hehe!

Thursday, December 27, 2012

Banjir

Salam a'laik

(topik ini tiada unsur ilmiah,sekadar perkongsian syok seniri kot)

Isnin yang lepas,24 hb sehari sebelum Krismas,daerah di mana tempat saya bekerja dilanda hujan lebat mencurah2 tanpa henti (sebenarnya semua daerah di negeri Terengganu banjir,amnya-seluruh pantai timur).

Rutin harian persampelan dianjak ke hari isnin pada tarikh yang aku cerita kat tas memandangkan 25 hb adalah cuti perayaan.Makanya,keadaan team kami agak kelam kabut disebabkan banyaknya stesyen persampelan kami itu berada pada kawasan zon banjir.Banyak jalan ditutup.Disebabkan oleh itu kami terpaksa melalui jalan alternatif yang sangat jauh bagi memastikan kesemua sampel pada hari tersebut di ambil.Hujan lebat bukanlah penghalangnya,yang pentingnya aku ada payung standby dalam pajero opis (hehe)

Sahabat saya yang bekerja di Pmint Granite menjadi sumber rujukan bagi jalan2 yang ditutup dan jalan alternatif.Saya sangat bersyukur sebab ada jugak member2 yang sebegini rupa.hehe!

Makanya setibanya kami kat opis seusai menghantar sampel ke pejabat kimia Kuala Terengganu,saya ditugaskan untuk menjaga bilik gerakan banjir bermula jam 5 petang hingga 10 malam.Dan bermulanya tika dan saat itu keadaan menjadi agak kelam kabut (biar dok pong) memandangkan kami dikehendaki mengupdate reten -menerima panggilan dari agensi dan jabatan2 yang berkenaan bagi memastikan semua aktiviti berkenaan bencana dapat disetelkan dengan seberapa segera mungkin -  team perubatan,pusat pemindahan banjir,blablabla...Sehingga jam 1030 malam pada hari tersebut sebanyak 16 pusat pemindahan banjir dibuka.

Video  kat bawah adalah berhampiran dengan rumah Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,yang dinaiki air.

 



 Petang tadi sebelum aku pulang ke rumah,Alhamdulillah dah banyak pusat penempatan banjir tutup.Ada 2 je yang masih belum tutup.Moga Allah permudahkan urusan kita semua di daerah Hulu Terengganu dan semua daerah di negeri Terengganu.Amin!