Panduan Kerjaya Jururawat

Wednesday, April 24, 2013

TUKAR

Hari ni aku telah membuat satu careless mistake yang agak mengecewakan,meskipun kata orang barang yang lepas jangan dikenang.Abaikan tajuk entri yang bunyinya seolah2 akronim bagi sebuah badan NGO yang berkisar kepada politik yang dalamnya ada rasa2 "religious skepticism" serta bau2 rasis yang agak kurang menyenangkan.Muak!

Ini musim PRU.Aku juga salah seorang penggerak yang dikatakan neutral bagi menentukan kalah-menang,salah-benar.Petang tadi merupakan last call bagi revisi untuk PRU yang bakal menjelang lebih kurang 10 hari lagi.Terhegeh2 membawa beg yang berisi dokumen yang bakal digunakan sebagai rujukan di "hari raya" yang bakal menjelang,aku bergegas ke taklimat yang di adakan di dewan majlis daerah..Semua petugas yang diamanahkan memikul tanggungjawab ini (moga Allah pandang usaha yang tak seberapa ini) diberikan beg yang berisi buku panduan serat undang2 yang berkaitan dengan event ni.

Sampai sahaja di sana,terus saja aku beratur bagi mendaftarkan diri di kaunter bagi mendapatkan maklumat serta dokumen yang bakal digunakan untuk aktiviti lawatan ke lapangan beberapa hari sebelum event tersebut bermula.Aku menyandarkan beg pada kaki meja dan terus berurusan.Seterusnya mencari tempat duduk bagi mendengar taklimat yang bakal bermula.Aku pun memasukkan kunci kereta kedalam beg tersebut.

Oh ya,aku sebenarnya ke taklimat tersebut dengan menaiki kenderaan ofismate yang turut sama terlibat,iaitu En.Hamdan.Kereta aku disimpan di pejabat.Makanya apabila berakhir taklimat tersebut,aku beredar dan terus pulang ke pejabat.Sampai sahaj di pejabat,terus aku meraba2 di dalam poket beg tersebut.Hati jadi gundah gulana,seakan2 berada di awangan.Aku mula mengeluarkan segala isi di dalam beg yang ada - kunci kereta aku hilang,woha!

Aku mula menge"check" nama pada buku,akhirnya ku temukan jua nama yang tercata pada buku nota.Sayangnya tiada nombor alat kelui untuk dihubungi.Sayang sekali,rupanya beg aku telah bertukar milik dalam keadaan aku tidak sedar.Inilah ujian yang sangat kecil.Jam menunjukkan jam 630 petang,berhampiran kereta dimana tempat aku mem'parking"nya adalah sebuah bilik yang menjadi tempat berfungsinya aktiviti2 promosi kesihatan.Makanya dapat aku lihat kelibat manusia yang bernama Wan Ridzuan,PIC unit terbabit.

Makanya aku telah menceritakan perihal masalah yang dihadapi aku dan beliau bersetuju untuk menghantar aku pulang ke rumah.Kira2 40 minit durasinya,terima kasih sahaj mampu aku beri.

Oh ya,sehingga tika dan saat ini aku menekan2 papan kekunci ini,hatiku gundah gulana.Moga Allah mempermudah urusan kita semua,amnya dan aku,khususnya.Amin.

Nota : kata kunci - adalah kunci ,kata kerja -hilang! - woha!

 Entah kenapa bila tengok gambar ni,hilang sikit gundah gulana.Pinjam gambar ye, Ustazah Qaniah Syumaila,Dr.Musleh!


No comments:

Post a Comment