Panduan Kerjaya Jururawat

Saturday, April 27, 2013

Politik - matanglah wei!

Kira2 sebulan yang lalu,kami dikejutkan dengan satu insiden yang agak memeranjatkan mengenai pertukaran (ditukarkan) salah seorang pegawai atasan yang  memegang jawatan sebagai pakar di salah sebuah fasiliti kesihatan di daerah Marang.Aku difahamkan pertukaran yang agak tiba2 ini disebabkan oleh perbezaan fahaman politik yang dikatakan mengganggu tugas2 (err,ye ke). <<< pergh,aku tak tahu entri ini akan menyebabkan aku ditukarkan,ini kalilah!

Beliau ditukarkan ke pedalaman Sabah atas sebab2 yang difikirkan agak kurang munasabah memandangkan beliau sudah lama bertugas sebagai pakar perubatan keluarga.Berdasarkan pengamatan yang aku dapat dari sumber yang sah,juga merupakan sahabat aku yang pernah bertugas di daerah sana mengatakan ,"mangsa" merupakan seorang ketua yang berdedikasi di samping menunjukkan nilai2 Qudwah Hasanah sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri.Setiap kali mempengerusikan majlis bagi majlis atau taklimat,seringkali beliau memulakan dengan sedikit tazkirah dan pengisian sebelum bermulanya majlis tersebut.

Aku sempat juga meneliti surat pertukaran beliau melalui gambar yang telah di snap oleh salah seorang teman melalui laman sosial beliau hari tu,tapi xsempat pula aku nak simpan.Antara ayat pemulaan yang aku ingat adalah - "sukacita dimaklumkan bahawa melalui (jawatan yang berekenaan,bla2).

Pendapat peribadi aku lah,sempena PRU 13 NI (nak cakap pasal politik: aku sorang je yang baca blog ni lagi pun (kepala hotak kamu,haha) ),as long ko rasa keadaan parti politik yang ko sanjungi tu semakin tergugat sebab adanya orang2 yang hebat,bawak Fikrah Islami dalam organisasi - Islam tak pernah rugi pun hatta ko nak hantar ke hujung dunia sebab agenda dakwah tak pernah terhenti takat kat Marang tu je.Kat Sabah nun,lagi banyak peluang dakwah yang memungkinkan orang yang kau aniayai tu sebarkan sebanyak mungkin maklumat dan kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat sana.Pegawai tu tak rugi,Islam pun tak rugi.Moga banyak peluang2 sebegini kita rebut,hatta diuji dengan ujian yang sebegini kecil.Para2 Nabi dan Rasul lagi teruk.Moga Allah pandang usaha,amal serta pengorbanan yang dilalui oleh beliau.

 (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. - (94:06)

Politik matang - aku rasa lately kebanyakan pegawai yang super duper atasan yang menyandang jawatan tinggi kebanyakannya datang dari kalangan orang politik serta berpengaruh (maaflah kalau adanya spy2 yang terbaca blog aku ni kot - aku tak kata kat bos korang pon).Kalau kat negeri yang tempat aku kerja sekarang ni,bila datang bab politik terus jadi tak matang dan kebudak-budakan.Sikit2 tukar orang sini situ (ingat orang ni bola apa).Janji ada orang kipas,gosok2 sikit,semua benda mudah dapat.Moga2 PRU13 kali ni mengubah segala2nya,kami dah muak dengan benda2 bodoh yang berlaku dalam negeri ni (Alangkah lucunya negeri ini).Allahumma Ameen!

Pagi tadi gelak sorang2 tengok video oleh Matluthfi90,- ini kalilah!


Terbaiklah bro!

Regards,
zulfadzlizulkhfli


No comments:

Post a Comment