Panduan Kerjaya Jururawat

Tuesday, April 23, 2013

Entri April '13

Err,entri ini mungkin tidak sesuai dibaca di kala kondisi PRU13 yang bakal mendatang.Sekadar coretan kosong setelah sekian lama tidak menjenguk,membersihkan blog yang kian bertambah sawangnya.Orang bujang!

Penat melalui rutin harian,bersampel-sampelan.Usai sahaja menghantar sampel ke Jabatan Kimia,bergegas pula balik ke pejabat.Kemudian ke taman berhampiran Bukit Besar untuk beriadah bersama-sama sahabat saya Fairul Azhar yang juga merupakan PPKP Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Kuala Terengganu.Memandu kira2 3o minit sangat mencuakkan,dek terlalu banyak traffic light yang banyak ditempuhi sepanjang perjalanan yang jauhnya kira2 38 km dari bandar Kuala Berang.

Sampai di trek jogging kira2 jam 6.15 petang,menyarung kasut,warming up dalam kondisi yang bermalas-malasan-terus berkardio.Ianya agak menyalahi etika yang sepatutnya diamalkan oleh runner2 yang berpengalaman.Aku amatur,sekadar mengaplikasikan The Hierarcy Scale Of Energy sebagaimana yang diterangkan oleh Ejoy,Admin Susu Sejat.Bakar kalori,yang penting lemak.

Hari ini,Selasa.Kebiasannya rutin mingguan adalah berHalaqah bersama2 Haji Razak selaku Naqib.Juga merupakan HOD Jabatan Pembantu Perubatan di KIST Kuala Berang,di partisipasi oleh seorang lagi ikhwah yang juga student di KIST- Akmal (Psikologi Islam).Disebabkan beliau outstation ke Kajang,aku ke trek jogging untuk beriadah bersama Fairul.

Sambil berjogging,berlegar2 di minda aku tentang esok hari.Meeting bersama SPR sempena PRU13.Dengan tidak semena2nya aku pun turut sama bertugas menggantikan posisi individu yang menarik diri  sata2 akhir atas paksaan rakan sejawat yang senior.Katanya inilah masanya untuk timba pengalaman.Hati sangat berat-kali pertama mengundi terpaksa mengundi pos,aduhai.Untuk lusa pula,sampling khas untuk analisis alkylphenol yang kena hantar within 24 hours by JKNT.(Yela,manusia ni kadang2 buat sibuk,dunia!)

Usai berjoging,rehat seketika mengisi perut.Kedai yang kebiasaan menjadi pilihan aku adalah Zie Corner sebab aku kira ada dua jenis menu yang aku kira macam menu sihat la - mixed salad ngan chicken grilled (aku avoid french fries,woha!).Tiba2 tutup plak,spoil betul.Nak cari kedai satu hal pulak.Akibatnya kami lewat ke kelas pengajian dengan Haji Mat di Surau Flat Pulau Duyung (malam ni baru nk mula kitab Minyatul Musolli karangan
Tuan Syeikh Daud ibn 'Abdullah Al-Fatoni).
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEge-whLnsjetgbI764r085jXUjtDFbeRD52HIEpF3mYKHJcBmlnkI3zoWYxHgx2tZxkykRoQnQCrwz1doVucwzfEOJqUOcoX_QUEPDas_f0-SQbCQz-L0V2eAH0XvgP1YEQp8Kmk140wLM/s1600/minyatul+Musolli.png

oh,kesimpulannya.aku sekadar mengisi kekosongan entri blog ini yang telah ketandusan idea setelah sekian lamanya terbiar.

INI KALILAH!

No comments:

Post a Comment