Panduan Kerjaya Jururawat

Friday, July 22, 2011

kucing

Assalamualaikum wbt

Untuk kesekian kalinya aku menekan papan kekunci di blogspot ini,meskipun aku bukan blogger sejati yang 24/7 mngharapkan kesesakan trafik bagi menjana duit lebih.

Ini ceritera yang berlaku di rumah aku,mengenai kucing2 yang berkeliaran di area kawasan rumah.Secara umumnya,family aku tak pernah pun memelihara kucing sebab semua orang kat umah bekerja dan bersekolah.Kalau dibiarkan kat dalam rumah konfem pembuangan sisa yang tidak diingini akan berlaku dan takde sape yang ingin bertanggungjawab meng"clear"kan sisa tersebut.

Akan tetapi rumah aku sememangnya menjadi tempat singgahan atau lepakan kucing-kucing kawasan perumahan kat sini.Stor yang strategik untuk melahirkan zuriat sememangnya menjadi tempat wajib sekiranya ada kelahiran baru anak-anak kucing.

Dan adalah menjadi suatu kebiasaan bagi emak aku bagi makanan lebih kat bawah garage motor sebab kucing kat situ selalu je lepak dan minta makanan time mak aku bukak pintu dapur.

Kucing dan pendarahan

Dan dijadikan satu kisah,pada minggu yang lepas.Salah seekor kucing yang selalu makan kat garage umah aku telah melahirkan 3 ekor anak kat dalam rak kasut emak aku.Makanya,pada hari rabu dimana Hari Keputeraan Agung Sultan Mizan,kami sekeluarga dikejutkan dengan kondisi kucing tersebut mengalami pendarahan yang sangat serius kat bahagian belakang dia dimana ada seperti ketulan panjang macam hotdog tu.Keadaannya sangat tenat dan kucing tersebut terpaksa mengheret kantung yang terkeluar dari bahagian blakangnya itu.

Radzi dan klinik haiwan

Disebabkan rasa kesian,dan kalau bior je nanti,.tak baiklah pulak sebab dah depan mata.Makanya,aku dan member aku telah membawa kucing tersebut ke klinik haiwan swasta kat Batu Buruk sebab vaterinar tutup time cuti am ni.

Sampai je kat sana we all terus bagi kat Dr.Lee yang merupakan owner kat Klinik tersebut.

Surgery dan anesthesia - susah-nak sebut

Dan kucing tersebut ditinggalkan kat klinik tersebut selama dua hari.Aku difahamkan bahawa,bahagian yang terkeluar kat belakang kucing tersebut adalah rahim sebab dia punya ligamen yang memegang bahagian ovari terputus akibat pergaduhan sesama haiwan atau terlalu aktif beraktiviti.Makanya,.bahagian rahim yang telah terkena infeksi jangkitan kuman terpaksa dipotong melalui surgery dan pembiusan.Kucing tersebut pada awal tersedar dari kebiusan akibat surgery dikatakan sangat tenat ,.dan keesokan pagi still bleh bangun,.dan sangat lemah.

Bagi kucing makan pil-pil macam manusia

Ni merupakan antara kerja yang sangat hardcore bagi aku.Setelah dibawa pulang ke rumah,aku kena bagi 5 jenis ubat yang berbentuk pil 2 kali sehari kat kucing tu.Nak bukak mulut dia punya la payah.Last2 aku cari kat youtube :


Kos rawatan

Adalah mencecah rm300 +++,.huhu..
aku redha je,. :)

ni la kucing terbabit,.dan anak-anak dia we all pakai syringe bagi minum susu,.keadaan sangat tenat sekali pandang.



Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment