Panduan Kerjaya Jururawat

Saturday, January 5, 2013

Sengaja meninggalkan solat?

Gambar Hiasan : Mukhyyam Khariji Ikram 2012


Salam a'laik

Sekadar berkongsi apa yang selalu di ingatkan oleh Ustaz Wan Junaidi dalam pengajian Kitab Hidayatus Sibyan iaitu pengajian Fiqh , dimana beliau sentiasa mengulang2 dan mengingatkan jamaah bahawa setiap ibadah fardhu yang pernah kita tinggalkan sewaktu masa2 dahulu wajiblah digantikan atau di Qadha dengan segera.Yang senantiasa ditekankan olehnya adalah solat fardhu.

Di dalam syarah kitab tersebut juga ada menyatakan bahawa melalui Syeikh Ramli dalam Kitab Nihayah menjelaskan bahawa adalah haram melakukan ibadah sunat (Solat Sunat,Umrah dan seumpamanya)  sekiranya masih ada solat fardhu yang pernah ditinggalkan dengan tiada uzur ke atasnya tidak di Qadha .

Cuba kita renungkan dan bermuhasabah,manalah tahu kot2 ada solat2 fardhu yang pernah kita tinggalkan pada masa yang lalu? 

Ok,perkiraan mudah.Untuk satu waktu solat fardhu yang kita tinggalkan bersamaan dengan 5000 tahun dalam neraka,yang mana 1 harinya bersamaan dengan 100 tahun.Na'uzubillahi min zalik.Moga Allah jauhkan dan mempermudahkan urusan kita dalam mencari hidayahNya! Amin.

Wallahua'lam.

9.40 pm
Taman Kalungan Mas.

No comments:

Post a Comment