Panduan Kerjaya Jururawat

Thursday, December 30, 2010

kerja dan makan gaji-gajian

Semalam,usai sahaja Silaturrahim di rumah Pakcik Shamsuddin,aku dan Syafiq singgah di sebuah gerai makan di Jalan Kamarudin berhampiran Batu Buruk.

Banyak perkara kami bincangkan mengenai kerja.

Antaranya mengenai cara kita bekerja,cara kita mendapatkan wang melalui sesuatu pekerjaan itu.

Melalui pemerhatian selama 2 bulan lebih bekerja di tempat masing-masing,kami mendapati cara bekerja setiap staff berbeza.

Ada yang bekerja sambil lewa dan mengabaikan tugas "sebenar" mereka sebagai seorang pekerja yang memegang jawatan itu.Lalu menjadikan ianya cuma sebagai suatu rutin "pergi kerja" dan "balik kerja" tanpa bekerja dengan sebenar-benarnya.Contohnya,dari pukul 8 pagi hingga  5 petang,.hanya kira2 dalam 30% hingga 50% sahaja mereka bekerja untuk tugasnya yang dipertanggungjawabkannya itu.Selebihnya membuat aktiviti2 yang tidak bersangkutan langsung dengan kerja nya (FACEBOOK,ETC).

Aku akui,aku sendiri pun bukan pekerja yang bagus.

Tapi aku cuba untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dapat di kesan melalui muhasabah secara tak langsung (topik yang dibuka secara tiba2 di Gerai Makan,hehe).

Dan kami mula mempersoalkan mengenai wang/gaji yang kami perolehi setiap bulan hasil dari kerja yang tidak berkualiti,tidak amanah dan sebagainya.Adakah ianya syubhah,makruh atau apa (ni kena tanya Ustaz yang lebih faqih ni).

Bekerja di sektor kerajaan merupakan suatu amanah yang telah di berikan kepada kita.Sedar atau tidak,pendapatan kerajaan yang disalurkan kepada kita ( penjawat awam) melalui gaji bulanan merupakan amanah yang tidak ternilai dari rakyat Malaysia yang membayar cukai (senang kata duit rakyat la).

Makanya dari situ dapatlah kita fahami bahawa kita selaku penjawat awam harus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kerana mereka juga merupakan salah satu sumber yang "memberi" melalui saluran-saluran tertentu sehingga kita juga dapat merasai apa yang kita nikmati tika dan saat ini.Apa2pun nikmat kurniaan yang terbesar yang kita kecapi hingga dan saat ini semuanya adalah datang dari Allah SWT,.Ingat tu!

Selagimana kita mendapatkan rezeki yang halal itu melalui saluran yang betul dan baik,makanya InsyaAllah hati kita juga akan terpelihara dari yang haram.

Maknanya kalau kita nak bagi duit gaji bulan-bulan kat family kita,mak kita,bapak kita,.kita pun tak ragu2 dan senantiasa rasa cukup dengan apa yang ada.InsyaAllah!

Aku akui,aku sendiri pun tak bagus dalam bab kerja ni.

Sekadar bermuhasabah di petang hari yang mendung dan sejuk,Terengganu kini asyik2 hujan (Rahmat Allah,Subahanallah!).

Renung2kan dan selamat bermuhasabah (ala2 Prof Izi Haji Yahya,hehe)

3.36pm
Taman Kalungan Mas,
Rusila,Marang,Terengganu.

No comments:

Post a Comment