Panduan Kerjaya Jururawat

Sunday, December 12, 2010

ilmu yang bermanfaat

Salam wbt

Alhamdulillah..ada sedikit kegembiraan yang aku ingin kongsikan,Ilmu Bermanfaat.

Perkataan nih sangat kebiasaan didengari di dalam bacaan doa Ma'thurat yang dibaca pagi dan petang (meskipun adakalanya aku lalai dan jarang2 membacanya),.perkataan "Ilman Naafi'a".

Ilmu bermanfaat yang aku dapat hari ni berupa sebuah pekerjaan yang terpaksa aku lakukannya dalam pada keadaan aku was-was nak menjalankannya.

Ini adalah kerana semasa aku berpraktikal,tahap pendedahan terhadap prosedur kerja ini hanya kira-kira 10 % (kemungkinan besar tahap kelalaian aku adalah tinggi pada masa tu).Masing-masing ada komitmen terhadap kerja and then prioriti utama mereka adalah menyudahkannya dengan lancar tanpa sebarang gangguan we all yang bergelar "budak praktikal".

Tak semua benda "budak praktikal" akan dapat apa yang mereka nak berdasarkan task yang diberi  lebih-lebih lagi dilabel sebagai budak kolej swasta.Wahahaha..it's gonna kill me for the rest of my life (tiba-tiba gua ingat Less Than Jake).

Alhamdulillah,aku panjatkan syukur pada Allah.Selesai sudah apa yang aku runsingkan akan kerja aku dua tiga hari yang lepas.Dengan sedikit usaha,ikhtiar yang ada dari bahan bacaan manual yang dapat kat tempat praktikal,report-report yang lepas.Kekusutan reda seketika.Tunggu hari esok,minggu-minggu seterusnya,.blablabla..

gambar bawah :nek bot en.bakar ke rumah bot

gambar bawah: en.mizi yang hepi dapat nek bot

gambar bawah:aku berlakon amek sampel

gambar bawah: drebar bot yang muda bersama otai2 unit Bakas

gambar bawah: sesi checking barang sebelum berangkat

Catatan : Apa-apa ilmu yang bermanfaat,biarlah orang di sekeliling kita dapat merasanya,.bak kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil - Erti Hidup Pada Memberi.

Kerana setiap manusia kat dunia nih berhak mendapat ilmu yang bermanfaat pada jalan yang betul.Banyak manapun ilmu korang ada,ingatlah,kalau bukan kerana Allah mengilhamkan kat korang,siapa lagi yang berkuasa terhadap ilmunya.Yelah kalau nak dibandingkan Ilmu Allah,.ibarat seluas lautan kat dunia.Ilmu manusia cumalah ibarat cam setitis air yang jatuh dari hujung jarum yang kita celup kat dalam lautan tu.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment