Panduan Kerjaya Jururawat

Friday, December 31, 2010

2010>2011

Selamat tahun baru

Takde apa yang menarik..
Kalau nak diikutkan sepatutnya tahun baru Hijrah kena lebih meriah dari tahun baru masihi ni.
Apabila di budayakan,maka timbul berbagai ceritera negatif sempena tahun baru.
Kebebasan anak2 muda di tengah2 kota,memberi kesan buruk terhadap lembaran Sosial Negara.
Jumlah anak2 terbuang ber"bin"kan Abdullah semakin meningkat.
Seakan2 trend dan kemestian yang kerap terjadi di malam tahun baru,malam merdeka..dan macam2 malam yang mereka ciptakan.

Apapun sepanjang tahun 2010 banyak perkara yang terpaksa di setelkan  ke tahun hadapan.Antaranya pembinaan sistem longkang yang telah dijalankan kira2 seminggu yang lalu di hadapan rumah aku.

Memandangkan kawasan rumah kami adalah kawasan yang sedang di bangunkan secara indipendent (tanah lot),makanya sistem saliran dan perparitan langsung tiada.Air limbah dibuang begitu sahaja dari rumah ke jalan raya yang menimbulkan keadaan jalan yang sentiasa basah.Aku mengambil inisiatif untuk membuat longkang sendiri,:memasang culvert,membina sump trap (perangkap sampah) dan lain2 lagi.

Projek ini bermula seminggu yang lalu,melibatkan teman2 sekampung yang turut sama membantu.Memandangkan ramai yang bercuti,projek ini dijalankan secara bergotong -royong.Ditambah pula hujan yang berterusan beberapa hari yang lepas,projek terbengkalai persis sebuah kompeni yang sedang menunggu hari2 bankrupt.Haha!

Kerja2 menggali di mulakan pada 22hb12.2010 oleh salah sorang member gua yang bekerja di Norlan United (tempat aku kerja dulu) dengan menggunakan Cast (betul ke x aku eja ni) dan hari2 seterusnya kami memasang Culvert,longkang,.membuat basement beralaskan konkrit blablabla..

Ni antara gambar kerja yang telah di jalankan :

gambar bawah :pasang culvert



gambar bawah:buat konkrit ngan awok2


gambar bawah:meratakan tanah dengan cast (tutup culvert)



gambar bawah:apiq,dari taiping turut membantu,hehe..


gambar:membuat sump trap (perangkap sampah)


secara keseluruhan progress kerja baru dalam 55 % kot,.

tunggu part seterusnya.

neway,sealamat bertugas buat cikgu2 yang bakal bertugas next week (terutamanya bapak ngan mak aku)..

tahun baru umur meningkat,harap2 amal juga turut bertambah..

Sekian,Wassalam.

12.58am,
TKM,
Rusila,Marang,Terengganu.

^_^

Thursday, December 30, 2010

kerja dan makan gaji-gajian

Semalam,usai sahaja Silaturrahim di rumah Pakcik Shamsuddin,aku dan Syafiq singgah di sebuah gerai makan di Jalan Kamarudin berhampiran Batu Buruk.

Banyak perkara kami bincangkan mengenai kerja.

Antaranya mengenai cara kita bekerja,cara kita mendapatkan wang melalui sesuatu pekerjaan itu.

Melalui pemerhatian selama 2 bulan lebih bekerja di tempat masing-masing,kami mendapati cara bekerja setiap staff berbeza.

Ada yang bekerja sambil lewa dan mengabaikan tugas "sebenar" mereka sebagai seorang pekerja yang memegang jawatan itu.Lalu menjadikan ianya cuma sebagai suatu rutin "pergi kerja" dan "balik kerja" tanpa bekerja dengan sebenar-benarnya.Contohnya,dari pukul 8 pagi hingga  5 petang,.hanya kira2 dalam 30% hingga 50% sahaja mereka bekerja untuk tugasnya yang dipertanggungjawabkannya itu.Selebihnya membuat aktiviti2 yang tidak bersangkutan langsung dengan kerja nya (FACEBOOK,ETC).

Aku akui,aku sendiri pun bukan pekerja yang bagus.

Tapi aku cuba untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dapat di kesan melalui muhasabah secara tak langsung (topik yang dibuka secara tiba2 di Gerai Makan,hehe).

Dan kami mula mempersoalkan mengenai wang/gaji yang kami perolehi setiap bulan hasil dari kerja yang tidak berkualiti,tidak amanah dan sebagainya.Adakah ianya syubhah,makruh atau apa (ni kena tanya Ustaz yang lebih faqih ni).

Bekerja di sektor kerajaan merupakan suatu amanah yang telah di berikan kepada kita.Sedar atau tidak,pendapatan kerajaan yang disalurkan kepada kita ( penjawat awam) melalui gaji bulanan merupakan amanah yang tidak ternilai dari rakyat Malaysia yang membayar cukai (senang kata duit rakyat la).

Makanya dari situ dapatlah kita fahami bahawa kita selaku penjawat awam harus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kerana mereka juga merupakan salah satu sumber yang "memberi" melalui saluran-saluran tertentu sehingga kita juga dapat merasai apa yang kita nikmati tika dan saat ini.Apa2pun nikmat kurniaan yang terbesar yang kita kecapi hingga dan saat ini semuanya adalah datang dari Allah SWT,.Ingat tu!

Selagimana kita mendapatkan rezeki yang halal itu melalui saluran yang betul dan baik,makanya InsyaAllah hati kita juga akan terpelihara dari yang haram.

Maknanya kalau kita nak bagi duit gaji bulan-bulan kat family kita,mak kita,bapak kita,.kita pun tak ragu2 dan senantiasa rasa cukup dengan apa yang ada.InsyaAllah!

Aku akui,aku sendiri pun tak bagus dalam bab kerja ni.

Sekadar bermuhasabah di petang hari yang mendung dan sejuk,Terengganu kini asyik2 hujan (Rahmat Allah,Subahanallah!).

Renung2kan dan selamat bermuhasabah (ala2 Prof Izi Haji Yahya,hehe)

3.36pm
Taman Kalungan Mas,
Rusila,Marang,Terengganu.

Sunday, December 26, 2010

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2011

Beberapa hari lagi nak habis 2010.Nah ni adalah seperti yang dimaklumkan kat atas,haha..


(Klik Kasi Besar)