Panduan Kerjaya Jururawat

Wednesday, February 2, 2011

gaji yang di "gergaji"

Apa yang setiap orang akan buat bila dapat gaji?

Makan Besar?
Simpan dalam bank?
Bagi kat  mak bapak kat kampung?
Infaq kat masjid,orang yang memerlukan?
Nak upgrade kereta kasi makeup lawa2?
Bawak aek kuar jalan2 makan?
Pastu serba serbi tak cukup..
haha,aku pon tak paham..

Selamat Malam

Tuesday, February 1, 2011

Ketua,Pemimpin.Bla2..

Salam wbt

Lama giler tak update.Dah 2 bulan..
Sedar tak sedar aku dah masuk 3 bulan bekerja dan diberi amanah sebagai penyelia-untuk menyelia anak2 buah yang terdiri dari 15 orang.Ianya sungguh dahsyat.Kerana perbezaan umur aku yang ketara jauh berbeza dari diorang.Komunikasi dah habis "jaga" dah tu.Tapi cam tak berjaya.

Walaupun aku tak meletakkan diri aku sebagai pemimpin yang tertinggi seperti PM,ada beberapa perkara yang perlu kita tahu setelah kita diberi amanah,tugas dan tanggungjawab untuk menjaga orang di bawah kita,jom kita renungi hadis Rasulullah S.a.w:

"Setiap seorang dari kamu adalah pengawal (pemimpin) yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya (orang di bawah peliharaannya). Seorang lelaki adalah sebagai pelindung kepada ahli rumahnya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya, begitu juga seorang khadam pemelihara harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya." ( Al-Bukhari )

Adakalanya aku cam dah takde mood nak duk unit ni,tapi terpaksa la bertahan dalam setahun dua ni.Moga Allah memudahkan kerja ngan urusan yang dipertanggungjawabkan.

Macam ada sesuatu yang kurang.

Kata salah sorang member kat Fesbuk,-Apa2hal kalau ada masalah,problem,.mintalah pertolongan dari Allah,.sure dia bagi,.hu,.mantop la.Aku biasa2 je.Doakan aku kat sini.Esok g keje.

1/1/2011
1138PM
Taman Kalungan Mas

***********************************************************************************
PROTES MASIH BERLANGSUNG DI MESIR,MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN MEREKA,.


BIKIYA MISRA!

Saturday, January 1, 2011

Saat Lafaz Sakinah

Saat Lafaz Sakinah - Far East

 

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

- Melihat blog abang2 senior,menarik gak.Semua dah sibuk plan nak kahwin,wahaha..

- Hari ni hantar anak sepupu dari Sarawak ke Majlis Sambut Menantu (orang Terengganu kata) kat Kampung Mak Kemas,Bukit Payung.Menikah ngan orang Terengganu,sungguh ku tak sangka.huhu..

- Masuk tahun baru semakin ramai member2 yang dah nak kahwin,bertunang.Aku masih ribena lagi kot,haha~

1235am
TKM,
Rusila Marang Terengganu