Panduan Kerjaya Jururawat

Friday, February 27, 2015

ETA, tempahan berdiskaun,Islamic gold programme- apa khabar?

Lama xmencoret.

Sepanjang 2014,banyak pahit manis.

Kalau korang perasaan,blog ni macam setahun sekali je update.Mungkin blogspot dah tak relevan seperti tahun2 yang sebelumnya.Semua pakai buka facebook, berniaga pun dalam facebook.

Sepanjang tahun 2014,perkara yg paling dikesalkan adalah menyertai illegal investment, scam investment yang sedang top,emas-lantas mengenepikan apa yg dilarang syarak,mengenepikan hukum.yang haram dihalalkan.

Cukuplah sampai disini,teguran dari Allah Taala petanda bahawa tiada keberkatan dalam urusniaga meskipun wujudkan ustaz yang dikatakan faqih dalam ilmu muamalah kewangan islam yang menghalalkan jual beli bertangguh yg diistilahkan bai al salam.

Estimated time arrival ETA sebenarnya adalah emas tak ada.Wujudnya syarikat pelaburan emas bagaikan cendawan yang tumbuh  selepas hujan, adakalanya sekolah memberitahu petanda bahawa permainan ini sampai sudah ke penghujungnya.Tempahan berdiskaun, Islamic gold programme, sanggup memperjudikan agama,dunia sudah hampir ke penghujungnya.

Tok Belagak mana?Darul Emas Perak Berhad gah, segah pengasasnya.Mana Khazanah Bangsa? KJ terumbang ambing, sepi.Firh Gold Trading hilang entah ke mana.

Pelan recovery tinggal nama.Duit pelaburan tinggal kenangan.Berpecah belah keluarga,putus silaturrahim sesama saudara dan sahabat handai.

Selamat tinggal dunia.

Friday, April 25, 2014

Berbekam

3 hari lepas, aku telah memberanikan diri untuk berbekam.Bertempat di premis Bekam Khalifah Jalan Tok Adis sebanyak 12 cawan telah di ambil di bahagian belakangku mewakili 12 organ dalaman.

Apa yg menariknya di premis tersebut, pengamal perubatan tersebut mengamalkan praktik yang sangat hygiene dimana kesemua peralatan disterile terlebih dahulu.

Dan sisa buangan seperti darah dan juga kotoran dibuang didalam tong kuning hazard yang akan dibuang dan di lupuskan di hospital.


Oh ya sehari selepas berbekam aku mengalami demam mengejut keesokan hatinya.

Dan ianya normal.Ini adalah kerana badan aku mengalami kehilangan banyak air dan juga oksigen dimana sistem imun badan akan breakdown.

Sebab itu kita dinasihatkan untuk mengambil air sebanyak mungkin untuk recover balik.Pengambilan madu dan juga habbatus sauda juga adalah digalakkan.

Sejujurnya aku tak sempat nak snapshot masa aktiviti berbekam sebab tertidur.Dan rasanya sangat ohsem.

Secara totalnya untuk kali pertama berbekam di Bekam Khalifah adalah sebanyak Rm80 (each cup Rm7) tapi still ada discount. Untuk next treatment adalah sebanyak Rm60/cup.Dan sekiranya untuk kali ke-5 rawat berbekam adalah percuma.

Untuk dapatkan khidmat berbekàm ini,ada terdapat dalam gambar diatas ini.

Kbai.

Saturday, April 19, 2014

Walimah Dr.Haq & Dr.Mira

Kami suka Carl's Jr burger.Dan kami turut sama di feature kan dalam Web Bakarlemakpantas.com sebagai testimoni.

Tapi dia nikah terlebih dulu.

Selamat pengantin baru Dr.Haq dan zaujah Dr.Mira.Moga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.Ameen.

- I gained my 5kg,and it feels so good.haha.bulking katanya.

Oh ya,sahabat saya Abdul Fattah schoolmate di SKR juga selamat diijabkabulkan siang tadi.Alhamdulillah. 

Doakan orang yg menulis ni pula,InshaAllah. (hehe)