Panduan Kerjaya Jururawat

Thursday, March 1, 2012

28 - 29/2/2012 - Pemantauan Sanitasi & Kawalan Mutu Air Minum d'Tasik Kenyir

Sebagaimana yg di nyatakan kat atas , aktiviti di atas adalah rutin bagi Unit Kmam & Unit Bakas PKDHT.Kali ini melibatkan dua orang wakil dari Bahagian Kejuruteraan JKN Terengganu ,dimana dey all ditugaskan untuk menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh we all selaku incharge daerah.

Ok,antara objektif utama program sanitasi ni adalah untuk mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan kesihatan alam sekitar, membuat penilaian bagi aspek2 yang telah digariskan serta memberi cadangan dan teguran ke atas pusat pelancongan yang berkenaan agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Orait , ni adalah gambar2 yg sempat gua amek dua hari yang lepas.Syok gak pasal dapat release tension daripada terperuk dalam pejabat buat kerja2 yang tak berkesudahan ,.haha!

Berhampiran lobi Petang Island Resort

Salah sebuah resort yang bakal di "rating"

Pemandangan di waktu petang , Subahanallah !

Aktivitas persampelan air minum

Tempat we all menginap , Lake Land Resort

Tukang masak amatur -  En. Razak & Tamizi

Hakimi , The Chopper

Sangat indah

Salah sebuah boathouse di Lake Land Resort

Hari terakhir program

Catatan : Banyak view yang chantek dalam Tasik kenyir,sayangnya tak sempat nak ambil semua -bimbang xdop space dalam memory card untuk gambar kerja-kerja penyeliaan.


Tuesday, February 7, 2012

paceros bab "Kawen"

Buka FB, baca status2 yg berunsur Islami sangat menyenangkan kerana ianya bersifat mengingatkan.Seriyes aku memang insan yg memang selalu terlupa dan buat2 lupa.

Terbaca satu status yang agak menarik,berdoket mengenai kepalaku - "Lebih banyak pos status yang menceritakan ttg kelebihan/keseronokan bab nikah/kahwin jika nak dibandingkan peringatan kepada kematian,".Titik.

Akan tetapi,kedua-dua benda ni semuanya xsalah disis syara' tapi sekadar peringatan sebagaimana status Saudara Hilal Asyhraf (Langit Illahi) :
Kita ini bukan hidup untuk berkahwin.
Kita kahwin untuk meneruskan kehidupan.
Kita bukan hidup untuk semata-mata bercinta,
tetapi kita mencintai orang lain untuk menjadikan kehidupan ini lebih baik.

Jangan sesekali letakkan perkahwinan, percintaan sebagai matlamat utama kehidupan. Jika kita buat sedemikian, memang kita akan ambil Islam ini hanya pada istikharah dan doa mencari jodoh semata.
 Bulan Januari saja , sudah dua majlis walimatul urus aku pergi.Antaranya walimah abang Hazli ngan Matmin.Alahai,tengok dalam cermin,.aku rasa dah macam tua sangat kot,.wakaka,.aku bile lagi ntah,.Barakallah buat kedua-dua pasangan,.moga Bait Al - Muslim yang dibina antum semua mendapat keberkatan dari Allah SWT,Amin :)

Ahmad Muhaimin & Zuliana

Abang Hazli & Dr. Hamizah 

 
 oh,.aku nak tido dulu p keje esok,.apalah rutin ini,.huhu,.

aku seorang blogger yang S.E.P.I,.huhu~

Monday, January 2, 2012

31/12/11>01/01/12 : a trip 2 Shah Alam

Pada mulanya , hanya 2 orang sahaja yang semangat berprogram di Shah Alam,saudara Mukmin Haqqa & Syeikh Al-Kana.

Dua brader ni telah di hantar ke stesen bas MBKT pada jam 10.00 malam pada 30 Disember oleh Cikgu Wan kite.

Entah tiba-tiba pulak aku rasa cam best je program tersebut.Makanya aku dan Cikgu Wan on the spot gerak pada pagi 31 Disember tersebut ke Shah Alam untuk join program tersebut.hihi~ (ayat cam budak darjah satu).


Satu2nya Volkswagen klasik yang di temui di Masjid S.Alam (Syeikh Al Kana) - milik Akh Faizal :)

Blakang stage 

Masjid yang cantik.

Bacaan doa oleh AlFadhil UAI usai alunan Asma'ul Husna selepas masuk 01/01

Brgambar ngan sahabat2 baru (Faizal,Affan,Shafi'e & Muhammad)

Manusia belakang tabir :)

Orang muda :)

Makan2 di Seksyen 2

Gandingan mantop,Zizang ngan UAI

Gitaris feveret ambe,Sham Kamikaze :)