Salam a’laik
Hari ni 15hb
Disember 2012,sempat jugak aku berkumpul bersama2 teman semasa menuntut di
Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu bagi meraikan walimatul urus
sahabat kami,Hafizaudin dan pasangannya,Anis Suzanna - yang telah di ijabkabulkan pada 12.12.12 yang
lalu.
Alhamdulillah,semasa akad nikah pun aku sempat pergi sebab tempat majlis
tu dekat sangat dengan opis aku,makanya aku telah meminta izin dari penyelia
aku untuk keluar sebentar bagi menyaksikan majlis akad nikah tersebut iaitu di
Masjid Pauh.
Harapan
aku,moga2 Baitul Muslim yang dibina mereka berdua mendapat keberkatan dari
Allah SWT,moga2 berkekalan mewangi hingga ke Jannah,InshaAllah – Ameen!
Nota : Oh,
Din sebenarnya merupakan housemate aku semasa kami sama2 menuntut di Institut Latihan Perindustrian Kuala
Terengganu dalam Bidang Diploma Teknolgi Binaan. Aku Cuma sempat bersama beliau
dalam setahun sahaja (yakni dua semester) sebelum mendapat tawaran biasiswa Kementerian
Kesihatan Malaysia untuk jawatan Inspektor Kesihatan.
No comments:
Post a Comment