Salam a'laik . . .
Semalam semasa aku sedang berehat
menunggu giliran bermain badminton malam tadi,salah seorang daripada sahabat
aku bertanya," zul,lama x update blog?aku tengok sepi je..,".
Jadi aku pun baru terfikirkan
akan hal ini lalu tergerak untuk mengupdate sedikit sebanyak mengenai info yang
mungkin boleh aku jadikan modal untuk bercerita melalui penulisan.Ianya bukan
artikel kebanyakan sebagaimana yang kita lihat pada2 blog mereka2 yang
berpengaruh - (dah2 aku dah start mengarut)
Gaza : Apa Cerita?
Suka aku kongsikan sedikit
perkongisan dari Ammu Afdholin (Afdlin Shauki) sekembalinya dari Gaza
semasa singgah di Cairo , Mesir bersama2 student2 Malaysia kat sana sempena
Misi Aqsa2Gaza 11 ER bersama2 Bront Palarae,Zain (Oh My English), Ustazah Maznah
Daud dan ramai lagi.
Kata Afdlin –“ Perasaan saya
ketika menjejakkan kaki saya ke Palestin seolah2 saya pulang ke kampung halaman
saya – amat berat saya untuk saya meninggalkan Palestin ,’ – (lebih kurang
macam tu la . . .).
“Kita sepatutnya kena berterima
kasih kepada orang Palestin sebab menjaga dan bersusah payah mempertahankan
rumah kita yakni rumah semua orang Islam di Tanah Suci,Di Masjidil Aqsa di
Palestin. Cara berterima kasih adalah cara dengan cara membantu mereka dengan
apa cara sekalipun,”. – Ujar beliau lagi.
Perkongsian Video di Youtube oleh
Kelab Ikram Mesir , moga bermanfaat buat kita semua!
No comments:
Post a Comment