Salam a'laik
Isu boikot - setiap orang ada
pandangan dan pendirian masing2. Mari menaip dan berkongsi
seketika,woha!
Situasi 1 (bulatan gembira)
" Ana merasakan aktiviti
boikot yang berkait dengan penubuhan negara haram Israel adalah berjaya.Masakan
tidak,harga makanan di sebuah restoran makanan segera (paham2 sendiri) yang
disukai ramai kat Mesia ni mula menurunkan harga makanan secara mendadak.Itu
sebenarnya penanda aras kepada kita bahaya boikot kita adalah berjaya,"-
ujar Abu kepada sahabat2 bulatan gembiranya.
Situasi 2 (sembang kedai kopi)
"pergh,last time aku pergi
makan kat Mc'kanan segera tu dua bulan yang lalu,sejak2 aku boikot ni aku tak
pergi langsung.Lagipun aku sedang menjalani lifestyle yang sihat dan dalam
usaha mendisiplinkan diri dalam pengambilan kalori harian.Jadi dua manfaat yang
aku dapat - healthy lifestyle + cakna terhadap saudara2 kita kat sana," -
Kata Mas Azzam kepadaku sambil menghirup kopinya.
Situasi 3 (ofismate tumpang
kereta gi breakfast)
“bro,lu biar betul boikot
Mc'kanan segera ni.ni stiker mana ko dapat?.takyah nak boikot2 la,tak jadi apa
pun.anak aku kalau g kat bandar sana nun mesti nak suruh singgah makan2 kat
situ.lagipun ko masa ni takde anak boleh ah sembang kosong..tak jadi apanye ,”-
kata En. Usin kepadaku.
. . . . . .
Sebenarnya banyak lagi situasi2
yang mungkin kita pernah lalui mengenai penerusan aktiviti boikot ni.Pelbagai
ragam manusia yang terkadang agak sukar difahami cara penerimaan mereka
mengenai isu bumi Palestin – tanah wakaf umat Islam semenjak zaman
berzaman,juga dinyatakan akan keberkahannya di dalam Surah Al-Isra’ sebagai
peringatan yang bermakna dari Allah SWT kepada kita sebagaimana firmanNya :
Maha Suci Allah yang telah menjalankan
hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid
Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah
yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (17:01)
. . . . . .
Aku dan Palestin
Jujur aku katakan,ketika zaman
persekolahan aku dulu,aku tak pernah pun ambil tahu tentang isu ni.Dan aku tak
tahu pun peta Palestin tu kat mana,sebab zaman remaja aku dipenuhi dengan
keseronokan ber-huha-huha dengan kawan2.
Aku dan kawan2 mula alert tentang
isu Palestin setelah salah seorang kaki jamming mengedarkan EP band Street Rock
dari Kuantan – Big Bang: Guns For Palestine (tak silap aku pada tahun 2006
rasanya – bukan yang kpop tu).Masa tu zaman2 jamming session+gig membuatkan we
all turut hanyut di arus hedonism yang melampau.
2008 –baru aku tahu!
Tahun 2008 meceritakan
segalanya.Aku dan kengkawan kolej telah di jemput oleh seorang sahabat yang
menuntut di Universiti Malaya bagi menghadir satu forum yang dikendalikan oleh
sebuah kelab di bawah naungan NGO Islam di Dewan Kolej 12 (Akademi Pengajian
Islam).Masa tu aku ingat lagi,yang memberikan talk tentang Palestin adalah
Pengerusi Aqsa Syarif sendiri –
Prof.Hafidzi Mohd Nor.Dan sejak malam tu,kami jelas tentang isu ini dan ianya
melekat hingga ke hari ini.Ianya bukan sekadar isu umat Islam sahaja,malahan
ianya isu umat sejagat.Barulah aku paham apa sebenarnya
yang band Underground Kuantan – Big Bang nak sampaikan kepada generasi kami
yang hingusan ni!
Teruskan boikot
Ye,isu ni mungkin di anggap remeh
oleh sesetengah orang (aku tak sebut ramai) sebab mungkin ada dikalangan kita
tak berapa nak jelas akan tentang hal ni.
Sebentar tadi baru jer aku bukak
FB,tengok perkongsian yang berguna oleh Ammu Afdholin (Afdlin Shauki) di TV
AL-Hijrah tentang betapa pentingnya isu boikot.Katanya :
"Jangan meremehkan soal boikot,
bayangkan duit yg kita sumbangkan ke restoran makanan segera itu membunuh
kanak-kanak di Gaza"
Moga Allah SWT memandang akan
usaha kita yang tidak seberapa ini.Amin!
(KLIK UNTUK LEBIH BESAR DAN JELAS)
PAUTAN :INDMINDS.COM